Tuesday, March 26, 2013

Wujud Malaikat Jibril Yang Sesungguhnya



Jibril, adalah Malaikatullah yang tugasnya menyampaikan wahyu dan juga malaikat pembawa rezeki. Malaikat Jibril adalah salah satu nama di antara tiga nama malaikat yang di sebut dalam Al Quran. Nama malaikat Jibril di sebut dua kali dalam Al Quran, yakni pada surat Al - Baqarah ayat 97 - 98 dan At Tahrim pada ayat 4. Banyak julukan yang tersemat pada malaikat Jibril, seperti Ruh al Amin dan Ruh al Qudus ( Roh Kudus ), Ar - Ruh Al - Amin dan lainnya. Beginilah bentuk fisik malaikat Jibril :

Bentuk fisik Ruhul’qudus, ada tertera dalam uraian mengenai kisah nabi Muhammad kala beliau mendapat wahyu kali ke dua dan nabi menuntut untuk bertemu atau melihat rupa asli sang utusan Tuhan dari langit dalam rupa yang asli atau bagaimana sesungguhnya dzat wujud Jibril tanpa rupa samar sebagaimana di berkali - kali sang utusan ( ruhul’qudus ) selalu nampak dalam rupa seorang manusia biasa.

Ruhul’Qudus tampak wujudnya dengan enam ratus sayap antara masyrik dan maghrib, ( barat - timur ) sayap dan busana kebesarannya putih laksana mutiara yang larut, dengan rupa yang begitu elok dan rupawan, dan dengan kekuatan yang dahsyat penuh mukzijat.

Katakanlah: "Barang siapa yang menjadi musuh Jibril, maka Jibril itu telah menurunkannya ( Al Quran ) ke dalam hatimu dengan seizin Allah; membenarkan apa ( kitab - kitab ) yang sebelumnya dan menjadi petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang yang beriman. Barang siapa yang menjadi musuh Allah, malaikat - malaikat - Nya, rasul - rasul-Nya, Jibril dan Mikail, maka sesungguhnya Allah adalah musuh orang - orang kafir ".

Wujud para malaikat telah dijabarkan didalam Al Qur an ada yang memiliki sayap sebanyak 2, 3 dan 4. Surah Faathir 35:1 yang berbunyi:

"Segala puji bagi Allah Pencipta langit dan bumi, Yang menjadikan malaikat sebagai utusan - utusan ( untuk mengurus berbagai macam urusan ) yang mempunyai sayap, masing - masing ( ada yang ) dua, tiga dan empat. Allah menambahkan pada ciptaan - Nya apa yang dikehendaki - Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu" ( Faathir 35:1 )

Kemudian dalam beberapa hadits dikatakan bahwa Jibril memiliki 600 sayap, Israfil memiliki 1200 sayap, dimana satu sayapnya menyamai 600 sayap Jibril dan yang terakhir dikatakan bahwa Hamalat al-’Arsy memiliki 2400 sayap dimana satu sayapnya menyamai 1200 sayap Israfil.

Wujud malaikat mustahil dapat dilihat dengan mata telanjang, karena mata manusia tercipta dari unsur dasar tanah liat kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk tidak akan mampu melihat wujud dari malaikat yang asalnya terdiri dari cahaya, bahkan Muhammad sendiri pun disebutkan secara jelas hanya mampu melihat wujud asli dari malaikat Jibril sebanyak dua kali. Dikatakan bahwa Muhammad telah melihat wujud asli dari Malaikat Jibril yang memiliki sayap sebanyak 600 sayap.

"Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril itu ( dalam rupanya yang asli ) pada waktu yang lain" ( An-Najm 53:13 ).

Dalam kisah suci perjalanan Isra’ Mi’raj, sesampainya di pos perjalanan Sidratul Muntaha, Malaikat Jibril tidak sanggup lagi mendampingi Rasulullah untuk terus naik menghadap kehadirat Allah SWT, Jibril berkata : "Aku sama sekali tidak mampu mendekati Allah, perlu 60.000 tahun lagi aku harus terbang. Itulah jarak antara aku dan Allah yang dapat aku capai. Jika aku terus juga ke atas, aku pasti hancur luluh".

Sumber : http://anehcuy.blogspot.com/2012/09/wujud-malaikat-jibril-yang-sesungguhnya.html#ixzz2LRQwKw5i

lagi pembongkaran!! sah misuari ada berjumpa anuar ibrahim dua kali! !!



16 Julai 2012, Anwar Ibrahim terbang ke Jakarta untuk bertemu - rakan kenalan lama Anwar sewaktu beliau masih lagi berada dalam kerajaan bersama dengan para komander MNLF. 

Pertemuan ini berlangsung di hotel Crowne Plaza Jakarta yang diatur oleh ahli parlimen Indonesia - salah seorang rakan baik Ketua Pembangkang, yang mengikut perintah Anwar.

Pertemuan pertama Anwar dan Nur Misuari di hotel Crowne Plaza Jakarta, 16 Julai 2012

4 Ogos 2012, pertemuan kedua berlangsung di Manila untuk memuktamadkan dan menandatangi perjanjian. Anwar melakukan penerbangan dengan menaiki pesawat MH 704 ..

Dan jika anda menyemak butiran penerbangan ini, anda boleh MENGESAHKAN dan MEMBUKTIKAN bahawa Anwar telah melakukan perjalanan ini, kerana beliau turut melakukan perjalanan ke Jakarta hanya dua minggu atau lebih awal.

Dalam mesyuarat tersebut, Anwar memberitahu beliau memerlukan PERTOLONGAN dan BANTUAN Misuari untuk memenangi pilihanraya umum ke-13. Anwar berkata pembangkang yakin untuk menang 82-85 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia.

Anwar TIDAK YAKIN untuk menang 57 kerusi parlimen di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Pembangkang mahu memenangi 30 dari 57 kerusi parlimen di Malaysia Timur bagi membentuk kerajaan majoriti yang cukup amat tipis tetapi selesa.

Anwar sentiasa boleh meningkatkan majoriti ini dengan menaburkan wang untuk ahli parlimen BN melompat parti setelah membentuk kerajaan. 

Dan untuk BERJAYA, Anwar memerlukan sokongan umat Islam di Malaysia Timur, khususnya di Sabah, dengan ramai daripada orang Islam Filipino diberikan hak kewarganegaraan dan hak mengundi.


Anwar berjanji kepada Misuari bahawa sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan persekutuan, Sabah dan Sarawak akan diberi KUASA AUTUNOMI, sebagai balasan perjuangan Misuari lebih 42 tahun sejak tahun 1970. 

Kedua-dua negeri di Malaysia Timur juga akan diberikan royalti minyak 20%, peningkatan sebanyak 15% daripada 5% semasa. 


Nur Misuari bersetuju dengan terma perjanjian dan melantik Haji Ibrahim Omar sebagai penyelaras MNLF atau 'duta tidak rasmi' ke Sabah untuk membantu Anwar meraih sokongan umat Islam Filipina di negeri itu.

Dan ini adalah SEBAB UTAMA kerajaan Malaysia teragak-agak untuk mengambil tindakan drastik apabila masalah muncul buat pertama kali di Lahad Datu.

Kerajaan tahu bahawa ada GENDA LEBIH BESAR dari keseluruhan episod ini walaupun ia tidak terlalu jelas lagi pada awalnya bagaimana kejadian ini bakal menjadi suatu SKIM yang lebih besar.

Mungkin pembangkang boleh menganggap insiden dan tragedi berdarah ini adalah sandiwara atau wayang.

Namun majoriti rakyat Malaysia tahu ada DALANG BESAR disebalik insiden ini.

ps: kalau dah ada bukti sahih dan dah dikumpulkan aku harap sumbat manusia pertualang ini ke dalam penjara, malah hukum pertualang negara ini sebagaimana pengkhianat agama, bangsa dan negara, sungguh memalukan kerana nak sangat jawatan pm, sampai sanggup cara paling dayus dilakukan..

sumber dari gelombang wangsa maju

Sunday, March 17, 2013

Planet Marikh pernah mempunyai kehidupan


WASHINGTON 13 Mac - Analisis ke atas batu-batu di planet Marikh oleh robot peninjau Curiosity menemui kewujudan 'hidrogen, karbon dan oksigen' serta bukti planet itu pernah menampung organisme, kata Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), semalam.

''Satu soalan asas bagi misi ini adalah, sama ada Marikh mampu menyokong satu persekitaran yang boleh didiami atau tidak.

''Daripada apa yang kita tahu, jawapannya adalah ya,'' kata Michael Meyer, ketua saintis bagi Program Penerokaan Marikh NASA.

Pada satu sidang media yang disiarkan di televisyen, pasukan NASA berkata, ini adalah bukti muktamad pertama kali persekitaran yang menyokong kehidupan telah wujud di luar Bumi.

''Terdapat tempat-tempat yang kita percaya boleh didiami (di Marikh) namun kami masih belum menerokainya,'' kata Dave Blake, penyiasat utama bagi misi penyiasatan Kimia dan Mineralogi Curiosity.

Curiosity merupakan sebuah robot enam roda yang mempunyai 10 instrumen saintifik di atasnya dan merupakan kenderaan paling canggih pernah dihantar ke planet lain.

Sampel kajian telah digerudi daripada batu-batu dasar di sebuah kawasan yang sebelum ini pernah digerudi oleh penyelidik yang menunjukkan ia adalah sebuah sistem sungai purba atau tasik. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130314/lu_02/Planet-Marikh-pernah-mempunyai-kehidupan#ixzz2NTXg2fQU

Monday, March 11, 2013

Asteroid hampiri bumi



Cape Canaveral: Asteroid sebesar satu kawasan bandar bergerak hampir dengan Bumi kelmarin, kejadian terbaru dalam beberapa siri objek angkasa lepas termasuk sebuah asteroid bersaiz sebuah bas meletup di ruang udara Russia bulan lalu.

Panjang 140 meter 
Asteroid itu baru dikesan enam hari lalu, sepanjang 140 meter diberi nama ‘Asteroid 2013 ET’ berada kira-kira 950,000 kilometer ketika lalu dekat dengan Bumi jam 3.30 petang EST (2030 GMT). 




Jarak berkenaan adalah kira-kira dua setengah kali ganda jauh dari bulan dan dianggap dekat jika menggunakan skala kosmik.

“Apa yang menakutkan ialah kita tidak tahu langsung insiden ini,” kata Presiden Slooh Space Camera, Patrick Paolucci, ketika satu siaran web memaparkan imej langsung asteroid berkenaan dari sebuah teleskop di Kepulauan Canary.

Laju 41,843 kilometer sejam

Bergerak pada kelajuan kira-kira 41,843 kilometer sejam, asteroid itu boleh memusnahkan sebuah bandar besar jika ia melanggar Bumi, tambah jurutera teleskop Slooh, Paul Cox. 
Asteroid 2013 ET adalah lapan kali ganda lebih besar berbanding asteroid bersaiz sebuah bas yang meletup di ruang udara Chelyabinsk, Russia, pada 15 Februari lalu. 

Kekuatan letupan itu bersamaan 440 kiloton dinamit, mencetuskan gelombang kejutan hingga memecahkan cermin dan merosakkan bangunan selain mencederakan lebih 1,500 penduduk.

Lewat hari itu, satu lagi asteroid kecil dikenali sebagai DA14 melepasi 27,680 kilometer dari Bumi, lebih hampir berbanding satelit cuaca di orbit. 



Dua lagi asteroid kecil juga akan berada hampir dengan Bumi hujung minggu ini.
REUTERS


sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Asteroidhampiribumi/Article/

Monday, March 4, 2013

Sabah mlik malaysia kata Tuanku Datu Mudarasulail Kiram

Kenyataan Tuanku Datu Mudarasulail Kiram Mengenai isu pencerobohan di lahad datu sabah .
Sabah Itu Milik Malaysia

Tuanku Datu Mudarasulail Kiram yg sepatutnya menjadi sultan sulu tapi tidak pernah menaikkan dirinya sendiri untuk kepentingannya,baginda hanya mahu menaiktaraf Sulu dan tidak mahu menjajah Sabah kembali kerana Sabah sudah maju serta menjadi hak milik Malaysia



Saturday, March 2, 2013

ANWAR, NUR MISUARI DI LAHAD DATU

Ramai tak tahu bahawa Nur Misuari memang tak berpuas hati dengan kerajaan Malaysia yang melantik ketua MILF, Murad Ebrahim menandatangani perjanjian autonomi selatan Filipina mewakili BangsaMoro. Nur Misuari yang merupakan pemimpin MNLF, mahu diberi lebih peranan dan menganggap MNLF lebih besar pengaruhnya dari MILF.

Nur Misuari tidak menunjukkan muka di hari perjanjian tersebut kerana bimbang ditahan oleh tentera Filipina. MNLF sebelum ini terkenal dengan tindakan sering melancarkan serangan terhadap pihak tentera negara berkenaan.

Selain itu, Nur Misuari sendiri telah menganggap bahawa perjanjian itu tidak relevan dan menolak dari berkerjasama dengan MILF untuk masa depan BangsaMoro di Filipina.



Ramai juga yang tak mengetahui bahawa Nur Misuari adalah penyokong kuat kepada Sultan Sulu dan sewaktu proses menandatangani perjanjian autonomi selatan Filipina, Sultan Sulu juga tidak hadir.

Ketidakhadiran Nur Misuari dan juga Sultan Sulu dan penolakan perjanjian damai yang diusahakan oleh kerajaan Malaysia pada tarikh 15 Oktober 2012 itu dikatakan menjadi punca bermulanya krisis di Lahad Datu Sabah.

Jadi, pertemuan Anwar serta beberapa pemimpin PKR dengan Nur Misuari di Filipina empat bulan lalu, membuktikan ada agenda sulit sedang dirancang untuk merosakkan imej Kerajaan Malaysia dan menggugat kedaulatan negara demi kepentingan politik masing-masing.



Malah pihak perisik Filipina dan juga Laporan dari REUTERS sendiri mengesahkan bahawa terdapat penglibatan pihak pembangkang Malaysia yang diketuai oleh Anwar Ibrahim didalam krisis di Sabah tersebut. (BACA SINI)

Ada maklumat mengatakan, Sultan Sulu tidak mempunyai pasukan askar sendiri. Kumpulan bersenjata yang datang ke Lahad Datu adalah merupakan askar pinjaman dari MNLF bagi melaksanakan niat tersembunyi pihak-pihak tertentu.

Cuba teliti gambar lelaki dibawah ini yang mengepalai kumpulan yang mendakwa mereka merupakan Tentera DiRaja Sultan Sulu di Lahad Datu...





Dan juga gambar lelaki yang berdamping dengan Nur Misuari didalam MNLF sebelum ini.. Adakah ianya pelanduk dua serupa atau lelaki berkenaan adalah orang yang sama?





Ini membuktikan penglibatan pihak tersebut dengan krisis di Lahad Datu sekaligus mengaitkan Anwar Ibrahim serta Pakatan pembangkang berikutan hubungan baiknya dengan Nur Misuari.

Tambahan pula untuk apa Anwar mengadakan perjumpaan dengan pemimpin MNLF tersebut hanya beberapa bulan sebelum krisis bermula jika tiada sebarang agenda yang dibincangkan?

Dan mengapa Anwar beria-ia menafikan perjumpaan tersebut setelah didedahkan oleh media antarabangsa sebelum gambar pertemuannya didedahkan kepada umum?
 

Nur Misuari adalah bekas pemimpin MILF yang telah tersingkir dari pergerakan tersebut

sumber: http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2013/03/dedah-bukti-penglibatan-anwar-dengan.html 






Sambungan : http://semangkukcawan.blogspot.com/2013/03/lagi-pembongkaran-sah-misuari-ada.html

Select Your Langguage

Advertisement

Warisan Tamadun



Mungkin Anda Meminati ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...