Sunday, March 17, 2013

Planet Marikh pernah mempunyai kehidupan


WASHINGTON 13 Mac - Analisis ke atas batu-batu di planet Marikh oleh robot peninjau Curiosity menemui kewujudan 'hidrogen, karbon dan oksigen' serta bukti planet itu pernah menampung organisme, kata Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), semalam.

''Satu soalan asas bagi misi ini adalah, sama ada Marikh mampu menyokong satu persekitaran yang boleh didiami atau tidak.

''Daripada apa yang kita tahu, jawapannya adalah ya,'' kata Michael Meyer, ketua saintis bagi Program Penerokaan Marikh NASA.

Pada satu sidang media yang disiarkan di televisyen, pasukan NASA berkata, ini adalah bukti muktamad pertama kali persekitaran yang menyokong kehidupan telah wujud di luar Bumi.

''Terdapat tempat-tempat yang kita percaya boleh didiami (di Marikh) namun kami masih belum menerokainya,'' kata Dave Blake, penyiasat utama bagi misi penyiasatan Kimia dan Mineralogi Curiosity.

Curiosity merupakan sebuah robot enam roda yang mempunyai 10 instrumen saintifik di atasnya dan merupakan kenderaan paling canggih pernah dihantar ke planet lain.

Sampel kajian telah digerudi daripada batu-batu dasar di sebuah kawasan yang sebelum ini pernah digerudi oleh penyelidik yang menunjukkan ia adalah sebuah sistem sungai purba atau tasik. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130314/lu_02/Planet-Marikh-pernah-mempunyai-kehidupan#ixzz2NTXg2fQU

No comments:

Select Your Langguage

Advertisement

Warisan Tamadun



Mungkin Anda Meminati ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...