Tuesday, August 28, 2012

Laut Aral Yg menjadi tanah tandus

Uzbekistan dan Kazakhstan


Laut Aral "menghilang" kerana bencana (perairannya menyusut sehingga 80 peratus sejak.  1960-an.
 

 









 source


Laut Aral sebenarnya sebuah tasik yang terletak di negara Kazakhstan dan Uzbekistan. Tasik ini diberi nama Laut Aral kerana airnya masin malah suatu ketika dahulu tasik ini amat luas iaitu sekitar 68,000 km persegi.
68,000 km persegi ini adalah lebih luas sedikit jika dibandingkan dengan gabungan luas 3 negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Pahang (36,000 km persegi), Kelantan (15,000 km persegi) dan Terengganu (13,000 km persegi).

Laut Aral pada tahun 1997
Bagaimanapun sejak tahun 1960-an lagi Laut Aral telah mengering setiap tahun dan pada tahun 2007…keluasan Laut Aral adalah 10 % daripada jumlah asalnya (lebih kurang luas Negeri Sembilan..6,700 km persegi).
Sukar untuk dipercayai Laut Aral yang suatu ketika tasik keempat terbesar dunia menerima nasib buruk begini.


Laut Aral pada tahun 2000 - Garisan hitam merupakan pesisir pantai asal Laut Aral
Suatu masa dahulu, Laut Aral merupakan nadi kehidupan kepada para nelayan yang tinggal di pesisir pantai dan semua itu kini hanya tinggal kenangan.

Kapal-kapal yang tersadai dek pengeringan Laut Aral
Bagaimana Laut Aral boleh jadi begitu?  Puncanya dikatakan bermula apabila  kerajaan Soviet Union (kini sudah tiada) melencongkan aliran dua batang sungai  ( Amu Darya dan Syr Darya) yang menjadi sumber air Laut Aral untuk tujuan pengairan kawasan pertanian yang terletak di kawasan gurun.
Hasil daripada projek lencongan sungai tersebut, Uzbekistan menjadi antara pengeluar kapas terbesar dunia dengan mengorbankan Laut Aral.
Tidak dapat dipastikan berapakah keluasan Laut Arl sekarang (tahun 2012), tapi apa yang pasti tidak mustahil ia akan kering sepenuhnya suatu hari nanti dan menjadi padang jarak padang tekukur.
Terdapat beberapa usaha untuk mengembalikan Laut Aral kepada keadaan asalnya..namun sehingga kini belum jelas tanda-tanda pemulihan tasik air masin ini.
Cuba bandingkan tasik air tawar semulajadi terbesar di Malaysia, Tasik Bera yang seluas kira-kira 312 km persegi dengan Laut Aral tersebut.
Kalaulah Laut Aral sebesar Tasik Bera..tentulah dah lama ianya kering. Malaysia amat bertuah kerana mempunyai banyak air tawar untuk tujuan pertanian

source

No comments:



Select Your Langguage

Advertisement

Warisan Tamadun



Mungkin Anda Meminati ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...