Tuesday, August 28, 2012

Kereta Terbang Yang Bernama “The Transition”

Para pengguna jalan raya terutamanya para pemandu kereta di bandar-bandar besar pastinya tidak dapat lari daripada kesesakan lalulintas atau ‘traffic jam’.

Dan terperangkap dalam ‘traffic jam’ tentunya membuatkan kita menarik muka masam apatah lagi jika 2 atau 3 jam terbuang begitu sahaja.

Kan best kalau dapat guna kereta yang boleh terbang. Di Malaysia perkara begini masih dianggap idea mengarut..maklumlah sejarah projek kereta terbang dunia menunjukkan ia akhirnya gagal kerana kurangnya sambutan disamping isu-isu keselamatan berkenaan kereta terbang yang pernah dicipta.

Walaupun begitu, di Massachusets, Amerika Syarikat..sebuah syarikat yang bernama Terrafugia telah memberanikan diri menyiapkan sebuah prototaip kereta terbang yang diberi nama The Transition..(bermaksudPeralihan).
Nak tengok rupa kereta terbang Transition ni? Ni dia…siap boleh lipat kepak dia..

Kereta Terbang 'Transition' di Jalan Raya
Tu dia rupa kereta terbang ni di jalan raya…kenderaan ini dicipta agar mematuhi piawaian dan spesifikasi kenderaan yang sesuai untuk digunakan di jalan raya.  Sape-sape yang rasa nak beli kereta ni untuk digunakan di Malaysia mungkin perlu berfikir 10 kali ataupun melupakan hasrat tersebut.

Antara sebabnya adalah harganya yang amat mahal iaitu USD $279,000 (lebih kurang RM840,000 waktu post ini ditulis). Kedua..untuk terbang..ia perlukan jarak permulaan 762 meter ..jauh tu.
Selain itu..anda perlu dapatkan kebenaran khas dari Kerajaan Malaysia untuk menggunakan kereta terbang ini.


The Transition sedang beraksi
Cuba lihat bagaimana rupanya bila mengisi minyak atau bahan bakarnya..



Kereta Terbang sedang isi minyak

Rasanya bahan bakarnya adalah petrol sebab lelaki ini sedang mengisi ‘gas’…di Amerika Syarikat ‘petrol’ tidak dipanggil petrol tetapi dipanggil ‘gas’.

Dari segi ukuran atau dimensi..tingginya adalah 2 meter, Panjang 6 meter. Lebarnya pula adalah 2.3 meter apabila dilipat sayapnya dan menjadi 8 meter di bahagian sayapnya apabila didepangkan.
Dari segi penggunaan bahan api pula..tangki penuh adalah 87 liter dengan satu liter boleh digunakan untuk 15 km di jalan raya. Kalau dah  namanya kereta merangkap kapal terbang..memang kuat makan minyak la jawabnya.

Yang pasti..saya rasa kenderaan ini masih boleh digelar kapal terbang lebih daripada ia sebagai kereta terbang…apa pendapat anda mengenai kereta ini?
Berikut adalah video ujian penerbangan yang dilakukan..

 tontoni kereta terbang di youtube

source

No comments:

Select Your Langguage

Advertisement

Warisan Tamadun



Mungkin Anda Meminati ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...