Friday, July 19, 2013

Hyperloop Bakal Keretapi Terlaju


Rancangan pembinaan kereta api laju hyperloop, pernah dikemukakan sekitar tahun 1900, namun tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan teknologi ketika itu. - AGENSI




LOS ANGELES 17 Julai - Usahawan angkasa lepas, Elon Musk mendedahkan rancangannya untuk membangunkan sebuah kereta api laju yang dua kali ganda lebih pantas daripada kapal terbang.

Konsep

Musk mendakwa kereta api yang digelarnya sebagai 'hyperloop' itu membolehkan orang ramai membuat perjalanan sejauh 611.5 kilometer dari Los Angeles ke San Francisco dalam tempoh 30 minit sahaja.




Katanya, hyperloop yang merupakan gabungan sebuah pesawat Concorde, pelancar gelung dan meja hoki angin akan bergerak lebih laju daripada pesawat dan melakukan perjalanan itu dalam setengah jam.


Depot Illustrasi

Bagaimanapun, Musk hanya akan mendedahkan butiran terperinci termasuk bagaimana operasi kereta api itu dan kelajuannya pada bulan depan.

Beliau mendakwa seorang jurutera yang menyiarkan pelan hipotesis hyperloop dan landasannya di dalam Twitter merupakan 'gambaran yang paling hampir setakat ini'.

Musk

Walaupun sesetengah pihak mendakwa idea Musk sebagai gila, namun usahawan itu mempunyai rekod cemerlang dalam memikirkan sesuatu projek yang besar.

Enjin Jet

Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Spacex, syarikat swasta pertama yang menghantar bekalan kepada Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan pengasas Paypal dan pembuat kereta elektronik Tesla Motors.
Sementara itu, Musk berkata, beliau akan mendedahkan 'rekaan bentuk alfa' bagi projek pengangkutannya yang bercita-cita tinggi itu pada 12 Ogos ini. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130718/lu_07/Kereta-api-lebih-laju-daripada-pesawat-dibina#ixzz2ZS6Ne5s3

No comments:



Select Your Langguage

Advertisement

Warisan Tamadun



Mungkin Anda Meminati ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...