Sunday, June 30, 2013

Voyager hampiri hujung angkasa dunia

Ilustras i menunjukkan kapal angka lepas Voyager 1 yang dilapor menghampiri kawasan yang belum dijelajahi sesiapa dalam sistem suria. - AGENSI 
 
WASHINGTON 28 Jun - Kapal angka lepas Voyager 1 dilaporkan menghampiri kawasan yang belum dijelajahi sesiapa dalam sistem suria, tetapi masih memerlukan masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun lagi untuk sampai ke tempat paling jauh dari tarikan magnetik matahari.



Buat masa ini, kapal angka lepas milik Pusat Kajian Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) itu menghantar data berharga berhubung sempadan terakhir kepada gelembung suria (kawasan angkasa yang didominasi matahari) dan digelar saintis sebagai laluan magnetik.

"Ini adalah sesuatu yang ganjil, kawasan terakhir sebelum angka lepas antara bintang akan menjadi tumpuan.
"Terima kasih kepada Voyager 1 kerana berjaya melakukan tinjauan paling jauh yang pernah dibuat oleh manusia," kata Ed Stone, saintis projek Voyager di Institut Teknologi California di Pasadena.



Voyager kini berada kira-kira 18 bilion kilometer dari Matahari atau 122 kali lebih jauh daripada jarak Bumi dan Matahari apabila kapal angkasa itu sampai ke laluan magnetik pada 25 Ogos ini.

Laluan magnetik yang turut dikenali sebagai penghujung kawasan itu, membolehkan zarah bercas keluar dan masuk dari gelembung suria dengan lancar tanpa melantun ke semua arah kerana terperangkap.



NASA menyifatkan Voyager 1 dan satu lagi kapal angkasa, Voyager 2, sebagai wakil peninjau paling jauh dan aktif bagi manusia dan mempunyai keinginan untuk meneroka.

Voyager 2 buat pertama kalinya dilancarkan pada 20 Ogos 1977 diikuti Voyager 1 pada 5 September 1977 dengan kedua-dua kapal angkasa itu pada awalnya dicipta untuk mengkaji planet-planet besar dalam sistem suria iaitu Jupiter dan Zuhal. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130629/lu_04/Voyager-hampiri-hujung-angkasa#ixzz2Xl8IIBkN

No comments:

Select Your Langguage

Advertisement

Warisan Tamadun



Mungkin Anda Meminati ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...