Monday, June 3, 2013

TANDA‐TANDA KIAMAT



Hudzaifah bin As‐yad al‐Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba‐tiba datang Nabi
Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"
Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh
tanda :‐

∙  Asap
∙  Dajjal
∙  Binatangmelata di bumi
∙  Terbitnyamataharisebelah barat
∙  TurunnyaNabi Isa A.S
∙  Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
∙  Gerhana ditimur
∙  Gerhana di barat
∙  Gerhana di jazirah Arab
∙  Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari
kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara‐perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya
Tuhan,sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.
Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman
terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema,sementara orang kafir pula keadaannya seperti
orang mabuk, asap akan keluar dari hidung,telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia
akan berbicara dengan kata‐kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi
Musa A.S dan cincinNabi Sulaiman A.S.

Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi
orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka
akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. KemudianNabi Isa
A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.

Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu
lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh
Iskandar Zulqarnain.

Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga
kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris
jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh‐tumbuhan. Ghibah menjadi‐jadi di
merata‐rata,memakan riba, banyaknya anak‐anak zina, orang kaya diagung‐agungkan, orang‐orang fasik
akan bersuara lantang dimasjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"
Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datang disuatu masa dimana Islamitu hanya akan tinggal namanya sahaja,
agama hanya bentuk sahaja, Al‐Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid,
sedangkan masjid itu sunyi darizikir menyebut Asma Allah.


Orang‐orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga.

Dan kesemua yang tersebut adalah tanda‐tanda hari kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan
pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman,
belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan
teman dan menjauhkan ayahnya, suara‐suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang
yang fasik, orang dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana
takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda‐tanda kiamat."

No comments:

Select Your Langguage

Advertisement

Warisan Tamadun



Mungkin Anda Meminati ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...