Wednesday, November 28, 2012

Masyarakat Maya tidak ramal kiamat terjadi 21 Dis


MEXICO CITY: Mereka yang meramalkan bencana kini boleh menarik nafas lega kerana masyarakat Maya sebenarnya tidak menandakan berlakunya kiamat pada 21 Disember ini.



Sedang para pelancong berpusupusu menempah bilik di resort-resort sekitar kawasan Riviera Maya, Mexico dan Guatemala menjelang tarikh bersejarah itu bulan depan, para pakar sibuk cuba memaparkan kepalsuan mitos hari kiamat itu.

Ramalan hari kiamat yang telah memberi inspirasi kepada penulis buku dan pembuat filem sebenarnya tidak tertera di kalendar batu berbentuk huruf T yang diukir masyarakat Maya sekitar tahun 669 di tenggara Mexico.




Hakikatnya, batu itu menceritakan kehidupan dan perjuangan seorang anggota masyarakat daripada era itu, kata para pakar.



Selain itu, tarikh akhir pada kalendar batu tersebut sebenarnya 23 Disember ini dan bukan 21 Disember seperti yang digembar-gemburkan serta ia hanya menandakan penghujung satu kitaran.

"Masyarakat Maya mempercayai konsep masa yang berkitar. Mereka tidak taasub dengan kedatangan hari kiamat," kata pakar arkeologi, Encik Jose Romero.



Batu itu, yang dikenali sebagai Monumen 6, terletak di El Tortuguero, tapak arkeologi yang ditemui pada tahun 1915.

Bahagian berbeza batu yang terbelah enam itu kini dipamerkan di muzium-muzium di Amerika Syarikat dan Mexico.



"Ukiran terakhir merujuk kepada tarikh 23 Disember 2012, tetapi tema utama Monumen 6 bukan tentang tarikh itu, bukan juga ramalan akan hari kiamat. Ia kisah (pemerintah waktu itu) Bahlam Ajaw," kata Encik Romero.



Tarikh akhir di kalendar itu melambangkan berakhirnya satu kitaran dalam kalendar kiraan panjang masyarakat Maya yang bermula 3114 tahun sebelum Masihi. - AFP.

No comments:

Select Your Langguage

Advertisement

Warisan Tamadun



Mungkin Anda Meminati ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...