Nabi Idris a.s adalah keturunan keenam Nabi Adam, putera
dari Yazid bin Mihla'iel bin Qoinan bin Anusy bin Syith bin Adam a.s
dan dia adalah keturunan pertama yang dikurniakan kenabian setelah Adam
dan Syith. Nabi Idris a.s mengikut sementara riwayat bermukim di Mesir,
di mana ia berdakwah untuk agama
Allah s.w.t. mengajarkan tauhid dan beribadah menyembah
Allah s.w.t. serta memberi beberapa
pedoman hidup bagi pengikut-pengikut agar menyelamatkan diri dari
siksaan di akhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia. Ia hidup
sampai berusia 82 tahun.
Di antara beberapa nasihat dan kata-kata mutiaranya ialah :-
1. Kesabaran yang disertai iman kepada Allah s.w.t. membawa kemenangan.
1. Kesabaran yang disertai iman kepada Allah s.w.t. membawa kemenangan.
2. Orang yang bahagia adalah orang yang merendah diri dan mengharapkan syafaat dari Tuhannya dengan amal-amal
solehnya.
3. Bila kamu memohon sesuatu daripada Allah
s.w.t. dan berdoa, maka ikhlaskanlah niatmu. Demikian pula puasa dan
sembahyangmu.
4. Janganlah bersumpah dengan keadaan kamu
berdusta dan janganlah menuntut sumpah dari orang yang berdusta agar
kamu tidak menyekutui mereka dalam dosa.
5. Bertaatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah
kepada pembesar-pembesarmu serta penuhilah selalu mulut-mulutmu dengan
ucapan syukur dan puji kepada
Allah s.w.t.
6. Janganlah mengiri orang yang mujur nasibnya kerana mereka tidak akan banyak dan lama menikmati kemujuran nasibnya.
7. Barangsiapa melampaui kesederhanaan, tidak suatupun akan memuaskannya.
8. Tanpa membahagi-bahagikan nikmat yang diperolehi, seseorang tidak dapat bersyukur kepada
Allah s.w.t. atau nikmat-nikmat yang diperolehinya itu.
No comments:
Post a Comment