Masih
ramai umat Islam yang tidak tahu bahawa salah satu ajaran Islam ialah
meyakini bakal turunnya kembali Nabi Isa ‘alaihis-salam menjelang
datangnya Hari Kiamat di akhir zaman. Malah ada yang mengingkarinya
dengan alasan bahawa ini merupakan ajaran kaum Nasrani yang telah
disusupkan ke dalam ajaran Islam.
Padahal
terdapat cukup banyak hadis sahih dari Nabi Muhammad saw yang
membenarkan bakal turunnya kembali Nabi Isa ‘alaihis-salam. Apa yang
akan beliau lakukan ketika beliau kembali ke dunia turun dari langit?
Apakah misi beliau kelak di akhir zaman nanti?
Suatu
perkara yang pasti, kedatangan kembali Nabi Isa ‘alaihis-salam kelak
bukanlah untuk membawa ajaran baru, apalagi membenarkan ajaran Nasrani
alias Kristian. Justeru kehadiran beliau kelak adalah untuk membenarkan
dan mengukuhkan ajaran yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad saw iaitu
ajaran dienullah Al-Islam.
Nabi
Isa ‘alaihis-salam malah akan mengajak kaum Yahudi dan Nasrani (baca:
Ahli Kitab) untuk masuk Islam. Dan ajakan beliau ini akan
menjadi kesempatan terakhir bagi Ahli Kitab untuk bertaubat.
Bila
mereka menyambut baik ajakan beliau, maka mereka bakal diperlakukan
sebagai saudara seiman Nabi Isa ‘alaihis-salam dan segenap kaum
muslimin. Namun bila mereka menolak, maka Isa ‘alaihis-salam berhak
untuk membunuh mereka.
Dari Abu Hurairah bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak
ada Nabi antara aku dan dia -maksudnya Isa-. Sungguh, kelak ia akan
turun, jika kalian melihatnya maka kenalilah. Ia adalah seorang
laki-laki yang sedang (tidak tinggi ataupun pendek), berkulit merah
keputih-putihan, mengenakan kain berwarna kekuningan. Seakan rambut
kepala berair walaupun tidak basah. Ia akan memerangi manusia hingga
mereka masuk ke dalam Islam, ia memecahkan salib, membunuh babi dan
membebaskan jizyah (pajak). Pada masanya Allah akan membinasakan semua
agama selain Islam, Isa akan membunuh Dajjal, dan akan tinggal di dunia
selama empat puluh tahun. Setelah itu ia meninggal dan kaum muslimin
menshalatinya.” (ABUDAUD – 3766)
MEMERANGI MANUSIA DAJJAL
Di
samping itu, Nabi Isa ‘alaihis-salam juga ditugaskan untuk membantu
Al-Mahdi (pemimpin ummat Islam di Akhir Zaman) untuk memerangi puncak
fitnah (ujian), iaitu Fitnah Ad-Dajjal. Malah berdasarkan hadis sahih di
atas Nabi Isa ‘alaihis salam bakal memerangi segenap
manusia demi tegaknya ajaran Al-Islam. Sehingga dengan izin Allah swt
segenap manusia bakal memeluk agama Islam sehingga dihapuskannya
kewajiban membayar jizyah (pajak yang dikenakan khusus kepada kaum bukan
Islam yang hidup di bawah pemerintahan Islam).
MENGHANCURKAN SALIB
Selain
itu Nabi Isa ‘alaihis-salam juga bertugas memecahkan salib. Mengapa?
Kerana salib telah menjadi fitnah bagi kaum Nasrani yang meyakini bahawa
Isa telah mati disalib, padahal sejak lima belas abad yang lalu
Al-Qur’an telah menjelaskan bahawa Nabi Isa ‘alaihis-salam tidaklah mati
di tiang salib. Tetapi ada seorang lelaki yang diserupakan wajahnya
dengan beliau yang telah mati di tiang salib tersebut. (QS An-Nisa 157)
Lalu
kemana perginya Nabiyullah Isa ‘alaihi-salam pada masa kejadian itu?
Kembali Al-Qur’an menjelaskan dengan jelas: “Tetapi (yang sebenarnya),
Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa
lagi Maha Bijaksana.” (QS An-Nisa 158)
Jadi,
apa yang telah dialami Nabiyullah Isa ‘alahis-salam mirip dengan apa
yang telah dialami Nabiyullah Muhammad pada masa malam Isra wal-Mi’raj.
Perbezaannya hanyalah bahawa pada malam itu Nabi Muhammad di-Mi’raj-kan
oleh Allah hanya satu malam, berangkat lepas Isya dan kembali menjelang
Fajar. Sedangkan Nabi Isa ‘alahis-salam di-Mi’rajkan oleh Allah ribuan
tahun yang lalu dan hingga sekarang belum diturunkan kembali ke bumi
ini.
Beliau
hanya akan turun ketika Allah taqdirkan beliau turun, iaitu pada masa
terjadinya huru-hara akhir zaman ketika sudah diutusnya Al-Mahdi
(pemimpin ummat Islam) ke tengah-tengah umat manusia dan keluarnya
Ad-Dajjal (puncak fitnah pembawa kekacauan, kesesatan dan kerosakan).
Apakah perkara seperti ini mustahil dilakukan oleh Allah ? Sudah tentu
tidak. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
MEMBUNUH SEMUA BABI
Selain
itu Nabi Muhammad saw juga mengatakan bahawa Nabi Isa ‘alaihis-salam
bakal turun kelak untuk membunuh babi. Mengapa demikian? Kerana babi
telah menjadi fitnah bagi kaum Nasrani yang meyakni bahawa babi
merupakan haiwan yang halal dimakan, sedangkan Islam telah
mengharamkannya malah memandangnya sebagai haiwan menjijikkan yang
mengandungi najis berat.
Namun
di bawah peradaban moden -yang dipimpin oleh peradaban barat yang
didominasi oleh nilai-nilai masyarakat Kristian- maka sekarang ini babi
bukan sahaja dipandang halal, tetapi ia telah dianggap sebagai haiwan
yang lucu dan oleh kerananya manusia sangat akrabdengannya. Cuba lihat
berbagai filem kartun barat bagaimana mereka menjadikan babi sebagai
binatang yang cute, friendly and kind (manis, bersahabat dan baik hati).
Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun.
“Katakanlah:
“Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu
yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan
itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi, kerana
sesungguhnya semua itu kotor.” (AL-An’aam145)
Sesudah
memenuhi segenap tugasnya, maka damailah dunia dengan tegaknya keadilan
berdasarkan dienullah Al-Islam dan kesejahteraan dinikmati segenap
manusia hingga tidak ada lagi yang boleh bersedekah kerana tidak ada
orang yang perlu dengan sedekah. Semua orang telah mencapai kekayaan
hatinya.
Abu
Hurairah radliallahu ‘anhu berkata; Bersabda Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam: “Demi Dzat yang jiwaku dalam genggamanNya, sungguh
tiada lama lagi akan segera turun Ibnu Maryam (Isa Alaihissalam) yang
akan menjadi hakim yang adil, menghancurkan salib, membunuh babi,
membebaskan jizyah dan harta benda melimpa ruah sehingga tidak ada
seorangpun yang mahu menerimanya”.(BUKHARI – 2070)
“Bersedakahlah
kalian, kerana akan datang masa di mana seorang membawa sedekahnya
namun tidak menemui orang yang mahu menerimanya. Orang yang akan
diberikan berkata: ”Seandainya kamu datang kemarin, niscaya aku mahu
menerimanya, sekarang aku sudah tidak perlu lagi.” (HR Bukhary)
Kemudian
Nabi Isa ‘alahis-salam akan tinggal di dunia sehingga tibalah masa
ajalnya dimana beliau kemudian disolatkan oleh kaum muslimin.
Ya
Allah, limpahkanlah salawat dan salam-Mu kepada Nabi Muhammad dan
segenap Nabi-Nabi-Mu yang lainnya, khususnya Nabiyullah Isa
‘alaihis-salam. Dan kumpulkanlah kami kelak bersama mereka di akhirat di
dalam jannah-Mu. Amiin ya Rabbal ‘aalamiin.
No comments:
Post a Comment