Saturday, September 1, 2012

Masjid Terbesar Dan Termewah di Dunia


Masjid Agung Syeikh Zayed, keluasannya dikatakan seluas 5 kali padang bola DUA kota besar di Uni Emirat Arab, Abu Dhabi dan Dubai memiliki persaingan yang sengit. Di Dubai Anda akan berjumpa bangunan tertinggi di dunia dan hotel bintang 7 terbesar di dunia. Sedangkan Abu Dhabi memiliki hotel termahal di dunia yang dibangun dari emas. Selama bertahun-tahun, Dubai selalu mengalahkan Abu Dhabi namun krisis dan hutang yang berlaku melemahkannya dan menjadikan Abu Dhabi kembali bersinar megah.

Masjid ini dinamakan seperti namapembina Uni Emirat Arab, Syeikh Zayed bin Sultan bin Khalifa Al Nahyan yang dimakamkan di samping masjid ini.
Sukar menyatakan ukuran sebenar masjid ini, namun tidak diragui keluasannya sebesar 5x padang bola sepak. Dari jauh masji ini nampak sederhana dan tidak besar, namun bila anda memasukinya ia sangat-sangatlah besar

Masjid ini disusun dari marmar berwarna putih susu dengan emas di atas kubahnya. Di malam hari, pemandangan masjid ini tampak megah daripada siang, 82 kubahnya menyala terang seperti puluhan bebola cahaya di langit gelap.

Apabila anda mengunjungi masjid ini, pengunjung wanita diharuskan memakai abaya tradisional (jubah hitam longgar yang menutupi tubuh dan rambut). Pemandu yang merupakan Ahli Masjid akan membawa Anda mengelilingi dan menunjukkan ruang sembahyang. Pemandu ini juga akan menjelaskan serba sedikit tentang Islam dan Uni Emirat Arab.

Masjid ini dilengkapi karpet buatan tangan terbesar di dunia yang ditenun 1.200 penenun Iran. dengan 2.268.000 jahitan, karpet ini bernilai USD 8,2 juta!.
sumber

No comments:

Select Your Langguage

Advertisement

Warisan Tamadun



Mungkin Anda Meminati ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...