Saturday, September 1, 2012

Lemuria, Sebuah Tamadun Maju Bangsa Manusia Yang Hilang


Lemuria/Mu merupakan sebuah tamadun purba yang muncul terlebih dahulu sebelum tamadun Atlantis. Para penyelidik meletakkan era tamadun Lemuria antara sekitar tempoh 75000 SM – 11000 SM.
Jika kita melihat daripada tempoh masa tersebut, dapat diandaikan bahawasanya Bangsa Atlantis dan Lemuria seharusnya pernah hidup bersama selama beribu-ribu tahun lamanya.

Namun demikian, gagasan Benua Lemuria terlebih dahulu wujud berbanding tamadun Atlantis dan Mesir Kuno. Ini dapat kita perolehi penjelasannya daripada sebuah karya Augustus Le Plongeon (1826-1908) iaitu seorang penyelidik dan penulis pada abad ke -19 yang telah membuat kajian terhadap tapak² purbakala peninggalan daripada Bangsa Maya di Yucatan.

Maklumat tersebut diperolehi selepas kejayaannya menterjemahkan beberapa lembaran catatan kuno peninggalan Bangsa Maya. Daripada hasil terjemahannya, telah diperolehi beberapa maklumat yang menunjukkan bahawa Bangsa Lemuria telahpun berusia lebih tua daripada tamadun Atlantis.
Namun dikatakan juga, bahawa tamadun Atlantis dan Lemuria pernah hidup dalam tempoh masa yang sama sebelum kemudiannya terjadi sebuah bencana gempa bumi dan air bah yang maha dasyat sehingga menenggelamkan kedua-dua peradaban maju masa silam tersebut.

Hingga saat ini, kedudukan sebenar Benua Lemuria pada masa silam masih lagi menjadi sebuah kontroversi. Namun berdasarkan bukti arkeologi dan beberapa teori yang dikemukakan oleh para penyelidik, berkemungkinan besar tamadun tersebut terletak di Lautan Pasifik (disekitar Indonesia sekarang).






Ramai ahli arkeologi mempercayai bahawa Easter Island yang misteri itu juga merupakan sebahagian dari Benua Lemuria. Hal ini dipercayai daripada penemuan ratusan patung batu kolosal yang mengitari pulau tersebut dan beberapa catatan kuno yang terukir pada beberapa artifak yang merujuk kepada bekas-bekas peninggalan peradaban maju pada masa silam.

Mitologi turun temurun para suku kaum Maori dan Samoa yang menetap di pulau-pulau sekitar Lautan Pasifik juga ada menyebutkan bahawasanya pada zaman dahlulu kala pernah terdapat sebuah daratan besar di Lautan Pasifik yang hancur setelah diterjah oleh gelombang pasang air laut yang maha dahsyat (tsunami). Namun sebelum malapetaka itu terjadi, bangsa mereka telahpun hancur terlebih dahulu akibat terjadinya peperangan.

Keadaan Lemuria sendiri digambarkan adalah sangat mirip dengan peradaban Atlantis, memiliki tanah yang subur, masyarakat yang makmur dan memiliki penguasaan terhadap beberapa cabang ilmu pengetahuan yang mendalam. Faktor-faktor tersebut tentunya menjadi sebuah landasan asas bagi Bangsa Lemuria untuk berkembang pesat menjadi sebuah tamadun yang maju dan mempunyai banyak ahli/ilmuan yang dapat menciptakan sesuatu yang baru dalam Ilmu pengetahuan dan Teknologi mereka.
Sepertimana yang banyak dikemukakan oleh beberapa pakar spiritual dan arkeologi, bahawa bangsa Lemuria dan Atlantis menggunakan kristal secara intensif dalam kehidupan mereka. Edgar Cayce, Seorang spiritualis Amerika melalui saluran penyelidikannya berkali² mendedahkan perkara yang sama.


kedudukan Lemuria dan Atlantis daripada salah satu tempat yang dipercayai kedudukannya di Bumi

Kuil² di Lemuria dan Atlantis di dalamnya terdapat sebuah kristal generator raksasa yang dikelilingi oleh kristal² kecil lainnya, baik sebagai sumber tenaga mahupun sebagai sumber penyembuhan pelbagai penyakit.

 Namun, berbeza dengan bangsa Atlantis yang lebih bergantung pada keupayaan ketenteraan dalam mengembangkan wilayah melalui teknologi peperangan. Sementara Bangsa Lemuria dipercayai sebagai manusia-manusia dengan peringkat evolusi dan spiritual yang tinggi, sangat suka pada kedamaian dan mempunyai nilai moral yang baik. Wallahualam.

Menurut Edgar Cayce, kemunculan Atlantis sebagai suatu peradaban super power pada ketika itu (kalau sekarang mirip Amerika Syarikat begitulah lebih kurangnya) telah membuatkan mereka sangat ingin menakluk bangsa-bangsa lain di dunia, di antaranya Yunani dan Lemuria yang dipandang oleh para bangsa Atlantis sebagai peradaban yang kuat. Berbekalkan peralatan perang yang canggih serta strategi perang yang baik, kemasukan Atlantis ke Lemuria berjalan seperti yang diharapkan.

Sifat baik daripada para bangsa Lemuria yang menjunjung tinggi konsep keamanan telah membuatkan mereka tidak dibekalkan dengan teknologi peperangan secanggih bangsa Atlantis, sehingga dalam jangka waktu yang singkap sahaja, Lemuria sudahpun jatuh ke tangan Atlantis.

Semenjak kekalahan bangsa Lemuria kepada bangsa Atlantis, maka secara automatik wilayah Lemuria telah dapat dikuasai oleh bangsa Atlantis, sehinggalah akhirnya daratan itu diterpa oleh bencana yang sangat dahsyat yang kemudian telah menenggelamkannya bersama beberapa wilayah daratan lain, termasuk diantaranya adalah Atlantis itu sendiri.



Istana Taifurkhafi di Istanbul, Turki, tersimpan selembar peta kuno yang sangat unik. Peta kuno yang diperbuat daripada kulit rusa (Gazelle skin) ini ditemui pada awal abad ke-18, sekilas pandang jika dilihat mungkin ia hanyalah merupakan selembar replika peta daratan pada masa masa lalu.

Dalam peta berkenaan, hanya kawasan Laut Tengah sahaja yang tergambar secara tepat, sedangkan kawasan lainnya seperti benua Amerika dan benua Afrika tergambar dengan sangat berbeza.

Kemudian, ketika para saintis menelitinya dengan lebih lanjut, hasil yang diperolehi adalah sangat mengejutkan, kerana ternyata peta kuno ini sebenarnya adalah gambar pandangan udara dari angkasa yang sangat detail dan terperinci. Jika dibandingkan dengan gambar yang diambil dari pesawat Apollo 8, maka peta kuno Turki ini diibaratkan seperti fotokopinya.

Gambar perubahan garis besar pada benua Amerika dan Afrika di atas peta kuno tersebut bersesuaian dengan gambar yang diambil melalui pesawat Apollo 8. Dan yang lebih menakjubkan lagi adalah bahawa peta kuno itu menggambarkan bentuk rumit permukaan bumi kutub selatan yang ditutupi oleh lapisan ais yang tebal.

Tidak ada perbezaan sedikit pun dengan hasil gambar pemetaan menggunakan fatometer yang dilakukan oleh pasukan eksplorasi kutub selatan pada tahun 1952 yang mengadakan penyelidikan keadaan rupa bumi di bawah lapisan ais.

Lalu siapakah pada masa purbakala yang sudah menguasai teknologi tinggi pemotretan melalui angkasa lepas? Daripada penemuan peta kuno ini, ia telah menjadi suatu bukti akan kemajuan pengetahuan ilmu astronomi yang ada pada tamadun silam yang sehingga saat ini pun masih belum dapat dikuasai oleh manusia-manusia zaman sekarang.

Dalam sebuah kajian lebih lanjut telah mengatakan mungkin mereka telahpun berjaya menghasilkan suatu teknologi yang luar biasa pada masa itu, seperti dapat melakukan penerbangan ke luar angkasa dan pendaratan di planet Marikh dan Bulan kerana bukti terkini menunjukkan terdapat penemuan² yang aneh yang dipercayai hanya mampu dibuat oleh makhluk yang berakal. Untuk mempercayai ia adalah buatan makhluk asing adalah sesuatu yang sangatlah janggal dan tidak munasabah kerana bukti sekarang juga menunjukkan manusia sudahpun pernah mencapai satu ketamadunan sains dan teknologi yang sangat tinggi berbanding sekarang. Apalagi hal tersebut disokong oleh beberapa penemuan artifak² purba yang menggambarkan beberapa gambaran imaginasi angkasawan pada masa silam.
- Dari fanpage Misteri Dan Keajaiban Alam di Facebook.

sumber

No comments:

Select Your Langguage

Advertisement

Warisan Tamadun



Mungkin Anda Meminati ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...