gambar hiasan
Baca kisah benar ini dan ambillah iktibar.
Seorang
hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat seorang polis Melayu.
Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada
mayat tersebut.
Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain.
Amin
merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke
pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni
keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya.
Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus dipindahkan dari perkuburan orang Islam.
Kubur mayat polis Melayu itu segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam selepas ia ditanam.
Alangkah
terperanjatnya mereka bila melihat keadaan mayat yang mengerikan
seolah-olah mayat tersebut sedang diazab. Mata yang terkeluar dan
tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur.
Kisah di atas merupakan kisah benar berlaku di sebuah daerah di Kelantan.
Allah telah takdirkan peristiwa ini berlaku di hadapan kita agar dijadikan pedoman dan ingatan sepanjang masa.
Allah tidak akan menimpa azab ke atas seseorang atau kaum kecuali didatangkan peringatan terlebih dahulu.
Allah itu maha adil dan tidak menganiaya hamba-hambaNya kecuali hamba itu menzalimi diri sendiri.
Cintai Allah, Cintai Islam.
Moral cerita:
1.
Apa mahu dibanggakan dengan bangsa? Melayu atau Cina atau India semua
itu tiada nilai di sisi Allah. Orang yang paling baik di sisi Allah
ialah yang paling bertaqwa. Justeru usah dibanggakan dengan bangsa.
Perjuangan berasaskan bangsa adalah perjuangan lapuk dan berfikiran
sempit.
2.
Jika inilah tahap polis Melayu, maka apa yang dihairankan polis
berkelakuan seperti anjing membelasah rakyat tanpa belas semata-mata
menurut kehendak tuannya. Sudah tentu bukan semua polis berkelakuan
begitu.
Kita
tidak dapat memastikan azab pada mayat tersebut kerana murtad atau
kerana tattoo. Pada pendapat saya, selagi masa hayatnya polis itu
bersolat dan berpuasa seperti orang Islam yang lain, maka mayatnya harus
diuruskan seperti mayat orang Islam juga.
Tattoo
tersebut mungkin semata-mata tattoo yang dibuat secara main-main
sahaja. Meskipun tattoo itu berbentuk salib. Kecuali ada keluarga atau
kawan-kawannya yang bersaksi bahawa si mati pernah mengaku keluar dari
Islam atau melakukan perkara yang membatalkan iman.
“Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w mengutuk wanita yang menyambung rambut seorang wanita dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (yakni memakai rambut palsu), orang yang membuatkan tatoo dan orang yang meminta dibuatkan tatoo.”
Hadis direkodkan oleh Imam Muslim
Berdasarkan
hadis ini, hukum bertatoo adalah haram dan berdosa besar. Ia tidak
menyebabkan seseorang itu murtad. Namun dosa-dosa yang dikumpulkan boleh
memudarkan iman dan akhirnya mendekatkan seseorang kepada murtad juga.
Justeru penawarnya adalah taubat, menambah ilmu dan amal.
Bersabar
sedikit di dunia untuk mentaati Allah jauh lebih baik dari bersabar
ketika diazab di akhirat kelak. Fikir-fikirkan.Ummu Abbas
Wassalam
No comments:
Post a Comment