Monday, August 6, 2012

Matahari / Sun




Selama ini kita hanya diberi tahu bahawa matahari tidak bergerak. Hanya planet di sistem solar beredar mengelilingi matahari. Namun hakikatnya adalah sebaliknya, kerana kesimpulan ini diambil oleh pakar sains angkasa berdasarkan pandangan serta kajian mereka, yang jelas dibuat tanpa menyingkap sepenuhnya setiap satu ayat yang tertulis dalam al-Quran.
Kitab suci yang diturunkan kepada Nabi Muhammad itu sebenarnya ada menceritakan mengenai matahari yang mana dijelaskan, seperti planet-planet lain dalam sistem solar, matahari juga beredar.

Ini dinyatakan dalam Surah ar-Ra’d ayat dua yang bermaksud: “Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhluk-Nya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan, Dia menerangkan tanda-tanda kekuasaan-Nya satu persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).

Al-Quran menjelaskan peredaran matahari sebagai pergerakannya yang tersendiri dan al-Quran menggunakan perkataan sabaha untuk menjelaskan pergerakan ini.

Awalnya saintis percaya matahari bersifat statik dan langsung tiada pergerakan, malah mereka percaya hanya planet saja yang beredar mengelilingi matahari. Tetapi saintis NASA akhirnya menemui bukti saintifik mengenai perkara ini.

Sesungguhnya benarlah seperti yang dicatatkan dalam al-Quran bahawa matahari dan planet beredar untuk satu masa yang telah ditetapkan.

Begitupun, tidak seperti bumi, matahari tidak memiliki permukaan dan isian yang solid dan boleh didiami kerana ia terdiri daripada gas-gas yang panas dan kerana itu perubahan peredarannya adalah sehari dalam setiap 27 hari.

Sebenarnya, satu cara untuk mengukur kadar peredaran ini adalah dengan melihat tompok-tompok panas di matahari dan melihat berapa lama ia mengambil masa untuk berpusing, seperti melihat bumi dari angkasa.

Tetapi walaupun sudah dinyatakan dalam al-Quran, hanya sains moden memiliki peralatan untuk melihat imej matahari. Begitupun, kajian sains moden menemui hanya tiga tompokan panas dan setiap satunya bergerak setiap 25 hari.

Sesungguhnya al-Quran sudah menjelaskan segala-galanya dan sebagai sumber ilmu, terpulang kepada manusia untuk menggunakan segala apa yang ada di dalamnya.

1 comment:

Anonymous said...

When some one searches for his required thing, thus he/she desires to be available that in detail, thus that thing is maintained over here.


Here is my web page - click here

Select Your Langguage

Advertisement

Warisan Tamadun



Mungkin Anda Meminati ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...