Tuesday, August 14, 2012

Ais di Lautan Artik hilang?


 

LONDON 13 Ogos - Saintis mendakwa Lautan Artik yang dilitupi ais mungkin akan hilang dalam tempoh 10 tahun lagi ekoran meningkatnya pemanasan global yang mempercepatkan proses kecairan itu.

Kumpulan saintis dari Agensi Angkasa Lepas Eropah berkata, bongkah-bongkah ais di Artik sedang mencair dalam tempoh yang lebih cepat daripada apa yang dipercayai sebelum ini.

Menurut mereka, satelit baru yang mereka gunakan mendedahkan bahawa 900 kilometer kubik ais telah hilang sepanjang tahun lalu, ia 50 peratus lebih cepat daripada andaian semasa oleh pencinta alam sekitar.

Saintis turut berpendapat punca kejadian itu berlaku disebabkan peningkatan pemanasan global dan pengeluaran gas dari rumah hijau.

Mereka juga mendakwa, keseluruhan wilayah Artik akan bebas daripada ais jika andaian mereka ini terbukti tepat dan sekali gus akan mencetuskan situasi panik untuk menyimpan rizab minyak dan bekalan ikan di rantau itu.

"Analisis awal terhadap data yang kami perolehi menunjukkan kadar kehilangan ais di musim panas di Artik mungkin jauh lebih besar daripada yang kami jangkakan sebelum ini," kata Doktor Seymour Laxon dari Pusat Pemerhatian Kutub di Kolej Universiti London.

Saintis telah melancarkan CryoSat-2 pada 2010 dengan mengkhususkan kepada kajian terhadap ketebalan ais.

Kapal selam turut dihantar ke Lautan Artik dan mendapati kedalaman ais turut mengurang sekali gus menyebabkan paras air laut dunia meningkat.
                                           Gambar dibawah permukaan ais
Menurut CryoSat, data daripada eksplorasi mereka itu turut menunjukkan pada musim sejuk 2004, isipadu ais laut di bahagian tengah Artik dianggarkan 17,000 kilometer kubik, berbanding musim panas tahun ini iaitu hanya 14,000 kilometer kubik. - AGENSI

No comments:

Select Your Langguage

Advertisement

Warisan Tamadun



Mungkin Anda Meminati ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...