Adakah Teknologi ini bermanfaat untuk kebaikan manusia atau membawa lebih banyak malapetaka.
adakah benar benar wujud ?
siapakah inventornya ?
Anda nilai lah sendiri..
Nabi
Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang
tidak sampai 100 orang? Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi
jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit.
Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh as terdiri daripada orang miskin
yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah membina kapalnya
dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan
dalam beberapa minggu sahaja). Misteri ini benar-benar memeningkan
pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang mendakwa bahawa, Bahtera
Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya kita tidak akan hairan
dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan
manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini
sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina
bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan
mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.
Masih
tidak percaya?. Jika kita lihat pada kronologi kemajuan manusia, kita
boleh melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa
dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga
2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup.
Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi
Isa? Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir
Besar di zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini
anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama
turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu
tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju
ketika Banjir Besar.Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.
Qs.Al-An'am: 6















Di kala itu, tidak ada seorang pun menduduki kawasan berkenaan dan tidak ada sumber air di sana. Ibrahim AS meninggalkan kedua-duanya di sana dan hanya memberi bekalan dua kantung yang satunya berisi kurma dan satu lagi berisi air.Tiba-tiba Hajar berkata: “Adakah Allah memerintahkan kamu dengan ini?” Maka Ibrahim AS menjawab: “Ya.”
Sewaktu Nabi Ibrahim AS ingin meninggalkan kedua-duanya, lalu Siti Hajar mengejarnya seraya berkata: “Wahai Ibrahim, ke mana kamu akan pergi dan meninggalkan kami di lembah yang tidak ada manusia dan sesuatu pun di dalamnya?” Dia mengatakan hal itu berkali-kali, sementara Ibrahim AS tidak menoleh kepadanya.

“Wahai Tuhan kami, sesungguhnya aku menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di sisi rumahMu (Baitullah Al-Haram) yang dihormati, wahai Tuhan kami (yang demikian itu) supaya mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki daripada buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.”Dia berjalan menuju Bukit Safa dan Marwah dengan harapan dapat bertemu pedagang yang membawa air. Setelah berulang-alik sebanyak tujuh kali di antara dua bukit itu, Siti Hajar tidak bertemu sesiapa pun.
Dua kantung air ditinggalkan Nabi Ibrahim AS sememangnya diketahui tidak cukup untuk keperluan seseorang. Lantaran kehausan, Ismail menangis kerana lapar dan dahaga. Melihat keadaan anaknya sedemikian, Siti Hajar pergi mencari air.

“Pada satu ketika aku pernah jatuh sakit, tetapi aku tidak menemukan seorang doktor atau sebarang ubat. Lalu aku berusaha mengubati dan menyembuhkan diriku dengan surah al-Fatihah, maka aku melihat pengaruh yang sangat menakjubkan.Sesungguhnya, begitu besar kebesaran Allah SWT seperti mana hebatnya air zam zam yang diturunkan kepada Ismail dan Siti Hajar serta kekal sehingga kini untuk hamba-Nya. Jadi, banyakkan meminumnya untuk kesejahteraan hidup kita sebagai Muslim yang bertakwa.
“Aku ambil segelas air zam zam dan membacakan padanya surah al-Fatihah berkali-kali, lalu aku meminumnya sehingga aku mendapati diriku sembuh daripada penyakit.
“Kemudian aku bersandar dengan cara itu dalam mengubati pelbagai penyakit dan aku merasakan manfaat yang sangat besar. Kemudian aku memberitahu orang ramai yang menghidap penyakit dan ternyata ramai daripada mereka sembuh dengan cepat.”
| Air yang rosak |
Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata “banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi”Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi), bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya “Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini”.
Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah: “Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya”. Wassalam.