Para pengguna jalan raya terutamanya para pemandu kereta di
bandar-bandar besar pastinya tidak dapat lari daripada kesesakan
lalulintas atau ‘traffic jam’.
Dan terperangkap dalam ‘traffic jam’ tentunya membuatkan kita menarik
muka masam apatah lagi jika 2 atau 3 jam terbuang begitu sahaja.
Kan best kalau dapat guna kereta yang boleh terbang. Di Malaysia
perkara begini masih dianggap idea mengarut..maklumlah sejarah projek
kereta terbang dunia menunjukkan ia akhirnya gagal kerana kurangnya
sambutan disamping isu-isu keselamatan berkenaan kereta terbang yang
pernah dicipta.
Walaupun begitu, di Massachusets, Amerika Syarikat..sebuah syarikat
yang bernama Terrafugia telah memberanikan diri menyiapkan sebuah
prototaip kereta terbang yang diberi nama The
Transition..(bermaksudPeralihan).
Nak tengok rupa kereta terbang Transition ni? Ni dia…siap boleh lipat kepak dia..
Tu dia rupa kereta terbang ni di jalan raya…kenderaan ini dicipta
agar mematuhi piawaian dan spesifikasi kenderaan yang sesuai untuk
digunakan di jalan raya. Sape-sape yang rasa nak beli kereta ni untuk
digunakan di Malaysia mungkin perlu berfikir 10 kali ataupun melupakan
hasrat tersebut.
Antara sebabnya adalah harganya yang amat mahal iaitu USD $279,000
(lebih kurang RM840,000 waktu post ini ditulis). Kedua..untuk
terbang..ia perlukan jarak permulaan 762 meter ..jauh tu.
Selain itu..anda perlu dapatkan kebenaran khas dari Kerajaan Malaysia untuk menggunakan kereta terbang ini.
Cuba lihat bagaimana rupanya bila mengisi minyak atau bahan bakarnya..
Rasanya bahan bakarnya adalah petrol sebab lelaki ini sedang mengisi
‘gas’…di Amerika Syarikat ‘petrol’ tidak dipanggil petrol tetapi
dipanggil ‘gas’.
Dari segi ukuran atau dimensi..tingginya adalah 2 meter, Panjang 6
meter. Lebarnya pula adalah 2.3 meter apabila dilipat sayapnya dan
menjadi 8 meter di bahagian sayapnya apabila didepangkan.
Dari segi penggunaan bahan api pula..tangki penuh adalah 87 liter
dengan satu liter boleh digunakan untuk 15 km di jalan raya. Kalau dah
namanya kereta merangkap kapal terbang..memang kuat makan minyak la
jawabnya.
Yang pasti..saya rasa kenderaan ini masih boleh digelar kapal terbang
lebih daripada ia sebagai kereta terbang…apa pendapat anda mengenai
kereta ini?
Berikut adalah video ujian penerbangan yang dilakukan..
tontoni kereta terbang di youtube
source
No comments:
Post a Comment