Wednesday, November 28, 2012

Masyarakat Maya tidak ramal kiamat terjadi 21 Dis


MEXICO CITY: Mereka yang meramalkan bencana kini boleh menarik nafas lega kerana masyarakat Maya sebenarnya tidak menandakan berlakunya kiamat pada 21 Disember ini.



Sedang para pelancong berpusupusu menempah bilik di resort-resort sekitar kawasan Riviera Maya, Mexico dan Guatemala menjelang tarikh bersejarah itu bulan depan, para pakar sibuk cuba memaparkan kepalsuan mitos hari kiamat itu.

Ramalan hari kiamat yang telah memberi inspirasi kepada penulis buku dan pembuat filem sebenarnya tidak tertera di kalendar batu berbentuk huruf T yang diukir masyarakat Maya sekitar tahun 669 di tenggara Mexico.




Hakikatnya, batu itu menceritakan kehidupan dan perjuangan seorang anggota masyarakat daripada era itu, kata para pakar.



Selain itu, tarikh akhir pada kalendar batu tersebut sebenarnya 23 Disember ini dan bukan 21 Disember seperti yang digembar-gemburkan serta ia hanya menandakan penghujung satu kitaran.

"Masyarakat Maya mempercayai konsep masa yang berkitar. Mereka tidak taasub dengan kedatangan hari kiamat," kata pakar arkeologi, Encik Jose Romero.



Batu itu, yang dikenali sebagai Monumen 6, terletak di El Tortuguero, tapak arkeologi yang ditemui pada tahun 1915.

Bahagian berbeza batu yang terbelah enam itu kini dipamerkan di muzium-muzium di Amerika Syarikat dan Mexico.



"Ukiran terakhir merujuk kepada tarikh 23 Disember 2012, tetapi tema utama Monumen 6 bukan tentang tarikh itu, bukan juga ramalan akan hari kiamat. Ia kisah (pemerintah waktu itu) Bahlam Ajaw," kata Encik Romero.



Tarikh akhir di kalendar itu melambangkan berakhirnya satu kitaran dalam kalendar kiraan panjang masyarakat Maya yang bermula 3114 tahun sebelum Masihi. - AFP.

Wednesday, November 21, 2012

Pakar genetik perjelas asal usul manusia dari Melayu Proto

 


Seorang pakar genetik Universiti Oxford, Dr Stephen Oppenheimer berkata beliau terkejut apabila melihat betapa kajian ke atas asal usul warga pribumi di negara ini dijalankan mengikut pertimbangan politik.



Reaksi seperti itu dapat dikesan melalui laporan media ke atas satu persidangan mengenai asal usul orang Melayu minggu lalu, yang mendedahkan bahawa Orang Asli daripada suku Senoi, Semang dan Melayu Proto merupakan “pemegang obor” yang merintis tamadun manusia moden.

Oppenheimer ketika menjelaskan penemuan itu dalam satu wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu berkata, Orang Asli khususnya dari suku Semang dan Melayu Proto merupakan keturunan daripada manusia pertama yang menjejakkan kaki ke Asia Tenggara.

NONEKeturunan manusia itu, di kawasan yang dahulunya dikenali sebagai Pentas Sunda ini juga menjadi nenek moyang kepada keturunan mereka di Asia Timur dan juga di benua Amerika, katanya.

Keturunan Semang dan Melayu Proto itu mempunyai ciri khas dan unik, sama seperti keturunan yang tersebar daripada kawasan Pentas Sunda, kata Oppenheimer lagi.

Perkara itu menunjukkan bahawa masyarakat tersebut telah wujud di sini semenjak penduduk awal tiba di kawasan ini, tambahnya.



Beliau menjalankan kajian tersebut ke atas sampel DNA yang diperolehi daripada penduduk serata dunia untuk menentukan asal usul masyarakat dunia – bermula daripada manusia pertama di Afrika sehingga kepada warga Eropah di teluk Arab dan juga tanah warga Asia timur di Pentas Sunda.




Oppenheimer berada di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu untuk membentangkan kajiannya di persidangan Asal Usul Melayu: Induknya di Alam Melayu, anjuran Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia.

Beliau telah menerbitkan kajiannya sebelum ini melalui buku Eden in the East dan juga Out of Eden yang memperincikan teorinya mengenai migrasi penduduk awal dunia.



Pembentangan kajiannya boleh dilihat di laman yayasan Bradshaw Foundation, satu badan yang bergiat dalam kajian genetik, antropologi dan arkeologi.



sumber  http://warisan-tamadun.blogspot.com

Monday, November 19, 2012

Mumia anjing ditemui di Mexico


RANGKA mumia anjing ini dipercayai yang pertama ditemui di Mexico.


BANDAR MEXICO - Rangka seekor mumia anjing yang dipercayai berusia kira-kira 1,000 tahun ditemui di Cueva de la Candelaria, Coahuila pada 12 November lalu di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Mumia tersebut merupakan satu-satunya artifak seumpamanya yang ditemui di sini.
Ia dijangka menjalani beberapa kajian seperti radiografi dan analisis ujian asid deoksiribonukleik (DNA) oleh Institut Antropologi dan Sejarah Kebangsaan Mexico (INAH) untuk dipulihkan.

Seorang pakar arkeologi INAH, Isaac Aquino Toledo berkata, ia merupakan salah satu daripada beberapa spesimen mumia anjing yang ditemui di dunia. Mumia anjing biasanya ditemui di Mesir dan Peru.

Spesimen itu akan disimpan bersama-sama dengan 2,500 bahan arkeologi lain yang ditemui pada tahun 1953.

Penemuan itu menguatkan lagi pendapat bahawa anjing ditanam bersama-sama tuannya dalam pengebumian orang nomad di rantau ini.

Beberapa objek lain yang ditemui bersama anjing mumia tersebut ialah tekstil, anyaman rotan, kayu, artifak tulang serta 200 rangka tulang manusia. - Reuters

sumber  http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1119&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm

Saturday, November 10, 2012

Majlis menghormati tengkorak di Bolivia

AP
SEORANG wanita membawa sebuah bekas yang mengandungi tengkorak di sebuah kawasan perkuburan di La Paz, Bolivia kelmarin.


LA PAZ, Bolivia - Satu majlis bagi menghormati tengkorak diadakan di sini kelmarin oleh sekumpulan penganut agama Kristian Katolik.

Kira-kira 300 tengkorak diarak ke sebuah gereja kecil di tanah perkuburan di sini.

Sekumpulan penganut itu mendakwa tengkorak tersebut mempunyai kuasa ajaib.

Tengkorak tersebut dipercayai boleh menolong mereka mendapatkan pekerjaan dan membantu pasukan bola sepak yang diminati memperoleh kemenangan.

Kalungan bunga turut diletakkan pada tengkorak itu pada majlis itu.

Para penganut tersebut juga memperdengarkan muzik dan menyediakan hidangan makanan untuk tengkorak itu.

Lima tahun lalu, seorang ketua biskop Kristian Katolik di negara ini pernah mengutuk majlis itu kerana ia dianggap bertentangan dengan agama tersebut. - AP

Thursday, November 8, 2012

Rangka gajah purba ditemui


GAMBAR fail menunjukkan seekor gajah purba dan anaknya.


MEAUX, Perancis - Satu rangka seekor gajah purba yang hampir lengkap dipercayai hidup antara 200,000 dan 500,000 tahun dahulu ditemui berhampiran Paris, kata Institut Penyelidikan Arkeologi Penyenggaraan Kebangsaan Perancis kelmarin.

Rangka itu ditemui di Changis-sur-Marne, timur laut Paris.
Penemuan tersebut melibatkan tulang paha, pelvis, rahang dan empat bahagian vertebra.
Gajah itu diberi nama Helmut oleh pasukan yang menemuinya dan dianggarkan berusia antara 20 dan 30 tahun. - AFP

Tuesday, November 6, 2012

Video Molekul Air Zam-Zam Ajaib !





Molekul air zam-zam

Video Keindahan & Keajaiban Air Zam-Zam

Assalamulaikum & salam sejahtera 

Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama telah melakukan penyelidikan tentang molekul air. Gambar diambil dengan mikroskop elektron menggunakan kamera halaju tinggi. Lalu molekul air tersebut membentuk kristal berbentuk segi enam yang indah.

Kemudiannya diulang dengan meyebut kata, "Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)" lalu kristal yang terbentuk sangat indah. Lalu dicuba menghadapkan tulisan huruf Jepun, "Arigato". Kristal membentuk dengan keindahan yang sama. Selepas itu, ditunjukkan kata "setan", kristal berubah menjadi bentuk buruk.

Didengarkan pula molekul air itu dengan muzik Symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga. Kemudian dengan musik heavy metal pula diperdengarkan, bentuk kristal tadi hancur.


Air yang rosak

Ketika 500 orang memusatkan pesanan "peace" di depan sebotol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika dicuba dibacakan doa Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. Subhanallah!

Semasa di suatu seminar yang rata-ratanya dihadiri oleh bukan Islam, Prof. Masaru Emoto menunjukkan beberapa molekul air yang buruk rupanya. Kemudian yang terakhir beliau menunjukkan molekul-molekul air yang begitu indah, berbentuk kristal yang bercabang-cabang dan berkilauan. Beliau kemudiannya bertanya kepada hadirin tentang molekul air tersebut. Hadirin senyap.

Dengan yakinnya seorang peserta seminar dari Malaysia bangun dan berkata "Itu molekul air zam-zam, air yang paling mulia". Prof. Emoto menggangguk "Saya tidak pasti sama ada itu adalah air yang paling mulia atau tidak tetapi memang benar itu adalah molekul air zam-zam".

Ternyata air boleh "mendengar" kata-kata, "membaca" tulisan, dan boleh "mengerti" pesanan. Lagi satu kehebatan air Zam-Zam ini adalah ia sahaja didapati boleh merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu-waktu yang tertentu.



Video Molekul-molekul air 




Temubual bersama Dr. Masaru Emoto





Thursday, November 1, 2012

Cerita - Cerita Lembah Lenggong


Kerja-kerja yang dijalankan oleh penyelidik Universiti Sains Malaysia di Gunung Runtuh meletakkan Lembah Lenggong dalam peta dunia penemuan bahan prasejarah. - utusan/roy azis abd. aziz


Lembah Lenggong kaya bahan prasejarah

GERIK 26 Ogos - Biarpun teori Out of Africa mengaitkan setiap manusia mempunyai hubung kait turun-temurun dengan sekumpulan Homo sapiens yang merantau keluar dari Afrika, namun migrasi kuno itu mempunyai jejak signifikannya di sebuah tempat di negara ini.

Tempat tersebut tidak lain tidak bukan ialah Lembah Lenggong di Hulu Perak yang mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) baru-baru ini kerana bahan-bahan prasejarah dan nilai arkeologi yang ada di situ.

Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Mokhtar Saidin, terdapat bukti menunjukkan bahawa penempatan manusia prasejarah di Lembah Lenggong telah wujud sejak 1.83 juta tahun lalu.

“Manusia terawal di dunia dibuktikan wujud di Afrika dua juta tahun dahulu tetapi di Lenggong, ia tertua di luar Afrika.

“Penemuan ini menyaingi bukti dunia yang mengatakan manusia terawal wujud di luar Afrika hanya bertapak di Dmanisi Georgia sekitar 1.8 juta tahun dahulu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Sementara itu, ekskavasi yang dipelopori oleh penyelidik USM, Prof. Datuk Zuraina Majid di Kota Tampan, Lenggong menemui bukti-bukti kewujudan manusia awal menerusi analisis mitokondrial asid deoksiribonukleik (DNA) kaum Semang beretnik Negrito.

Penemuan tersebut menunjukkan kaum berkenaan berasal daripada sekumpulan manusia yang meninggalkan Afrika kira-kira 80,000 tahun dahulu.

Selain itu, penyelidikan dijalankan mendapati penempatan zaman prasejarah iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam wujud di Lembah Lenggong.

 

Penemuan di Bukit Jawa misalnya, hasil pemetaan paleoalam tapak Kota Tampan mendedahkan penempatan masyarakat Paleolitik yang biasanya di gigi tasik, mempunyai enapan ke lilir Sungai Perak yang digunakan untuk membuat alas batu, sekitar 100,000 ke 200,000 tahun dahulu.

Di tapak Gua Gunung Runtuh pula telah ditemui rangka lelaki Manusia Perak yang merupakan satu-satunya rangka manusia terlengkap prasejarah, dilahirkan dengan kecacatan genetik Brachymesophalangia Jenis A2.
Manusia Perak yang hidup kira-kira 10,000 ke 11,000 tahun dahulu dan dipercayai mati kerana sakit tua pada usia 40 ke 45 tahun berdasarkan kehausan gigi gerahamnya dipercayai manusia tertua berikutan jangka hayat individu ketika itu adalah hanya sekitar 20 ke 30 tahun sahaja.

Ciri keunikan Zaman Neolitik di Lembah Lenggong pula boleh ditemui di Gua Harimau apabila 11 pengebumian rangka manusia berusia kira 2,000 ke 4,000 tahun dahulu dijumpai dengan barangan kiriman seperti bekas tembikar, alatan batu, perhiasan badan dan sisa makanan.

Malah, penemuan tunggal penempatan Zaman Logam di Gua Harimau itu juga menunjukkan logam yang digunakan adalah lebih tua usianya berbanding alatan sama yang ditemui di Sarawak (Gua Niah dan Gua Sireh), Selangor (Jenderam Hilir dan Kampung Sungai Lang) dan Sabah (Gua Agop Atas dan Gua Pusu Lumut).

Menurut Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, Gua Tampan, Gua Kelawar, Gua Gunung Runtuh dan beberapa kawasan lain di Lembah Lenggong dijadikan tumpuan kajian lanjutan untuk penarafan pengiktirafan UNESCO.

“Pengiktirafan Lembah Lenggong merupakan kehebatan Malaysia dengan adanya empat pengiktirafan lain daripada UNESCO iaitu Georgetown, Kota Melaka, Gunung Kinabalu dan Gua Niah di Sarawak," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20120827/wu_01/Lembah-Lenggong-kaya-bahan-prasejarah#ixzz2AyMItpEj


 24/09/2012

Tempatkan Perak Man di Lenggong

LENGGONG 23 Sept. - Jabatan Warisan Negara diminta mempertimbangkan hasrat kerajaan negeri untuk membawa pulang rangka sebenar manusia pertama di Asia Tenggara, Perak Man ke daerah ini.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, sudah tiba masanya rangka Perak Man atau Orang Perak itu dikembalikan semua ke tempat asalnya dan ditempatkan di Galeri Arkeologi di sini.
Ketika ini, menurut beliau, rangka Orang Perak yang hidup kira-kira 11,000 tahun lalu itu ditempatkan di Muzium Negara, Kuala Lumpur sejak Julai 2006 lalu.

''Pelancong sebenarnya teruja untuk melihat sendiri penemuan dan artifak yang menyebabkan lokasi itu diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
''Bagaimanapun rata-rata mereka termasuk pelancong asing agak kecewa kerana rangka sebenar Perak Man yang dijumpai penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1991 itu tidak dipamerkan di sini, sebaliknya ditempatkan di Muzium Negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis Jamuan Rakyat Parlimen Lenggong di Taman Kota Tampan, berdekatan lokasi bersejarah itu di sini semalam.
Lebih 20,000 penduduk sekitar Lenggong menghadiri majlis yang diserikan dengan pelbagai persembahan termasuk trio pelawak, Wahid, Apek dan Yassin selain maskot siri animasi popular, Upin dan Ipin.
Menurut Shamsul Anuar, permintaan tersebut wajar diberi perhatian serius memandangkan jumlah pengunjung Galeri Arkeologi di sini meningkat mendadak sehingga empat kali ganda sejak Lembah Lenggong diisytiharkan Tapak Warisan Dunia.

Katanya, cadangan membawa balik itu juga bertujuan menempatkan semua penemuan serta artifak yang ditemui di kawasan Lenggong, sekali gus boleh memberi peluang masyarakat melihat sendiri keunikannya.
''Rangka Orang Perak yang diletakkan di Galeri Arkeologi Lenggong ketika ini hanya replika. Adalah menjadi harapan lebih 30,000 penduduk di sini, rangka sebenar dipamerkan.

''Kita akui bukan mudah untuk membawa pulang rangka sebenar Perak Man kerana ia memerlukan jagaan rapi serta bilik khas namun saya percaya Jabatan Warisan Negara mempunyai kepakaran bagi menjaganya," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120924/dn_17/Tempatkan-Perak-Man-di-Lenggong#ixzz2AyN08Bk2

Dulu pekan kecil, kini tumpuan global

SEBAHAGIAN penemuan fosil rangka manusia dan tembikar oleh penyelidik USM di Lembah Lenggong yang dipamerkan Muzium Arkeologi.


SALAH satu tajuk berita yang disiarkan sebuah akhbar tempatan awal Julai lalu menyebabkan Muhammad Solihin Abdul Majid terpaku. Anak muda berusia 21 tahun itu lantas menguntum senyum, melirik penuh teruja menggambarkan isi hati dan perasaannya.

Fikirannya tiba-tiba melayang. Tanpa sedar, dia mengimbau kelibat sekumpulan lelaki dan wanita dewasa yang keluar masuk ke sebuah kawasan berdekatan ladang kelapa sawit. Ladang itu terletak tidak jauh dari rumahnya di Kampung Kota Tampan, Lenggong lebih sedekad lalu.

Kumpulan tersebut ialah orang universiti yang berkampung di kawasan itu semata-mata mencari tinggalan sejarah.

Bagaimanapun dalam meniti usia, Muhammad Solihin mula memahami dan menyedari kehadiran mereka bukan sekadar membuat kajian biasa-biasa, sebaliknya meneroka khazanah sejarah jutaan tahun.
Muhammad Solihin mengakui, dia tidak menyangka penerokaan dan kajian yang dilakukan secara berterusan oleh para penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) itu telah mengangkat Lenggong di persada dunia.

Katanya, kebanggaan terhadap status Tapak Warisan Dunia yang dianugerahkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) semasa bersidang di Rusia pada 30 Jun lalu dikongsi sama oleh 30,000 penduduk Lenggong. Begitu juga dengan ribuan lain yang berasal atau mempunyai pertalian keluarga mereka dengan daerah kecil ini.

“Sebak rasanya apabila saya membaca tajuk berita yang tersiar itu. Lembah Lenggong diisytihar sebagai salah satu tapak warisan dunia oleh UNESCO,” katanya yang menetap dan bekerja di Lenggong.
Sebelum ini Muhammad Solihin hanya menumpang bangga dengan beberapa penemuan-penemuan besar kumpulan penyelidik USM terbabit seperti rangka Perak Man yang berusia 10,000 hingga 11,000 tahun di Gunung Gua Runtuh dan fosil rangka Wanita Perak pada tahun 2004 di Teluk Gua Kelawar.

Perasaan yang sama turut dirasai Norazam Idzha Mohamed Rashidi. Pelajar tingkatan enam atas Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad, Lenggong itu tidak dapat menyembunyikan keterujaannya tatkala ditebak rasa hatinya mengenai pengiktirafan badan dunia tersebut.

“Saya masih ingat bagaimana sukarnya untuk menjelaskan kedudukan Lenggong kepada kenalan. Biasanya saya hanya nyatakan ia sebuah pekan kecil di antara Kuala Kangsar dan Gerik.
“Namun, kini ramai yang sudah mengetahui kedudukan Lenggong. Dahulu tidak ramai yang tahu mengenai kawasan ini,” katanya.

Dilahir dan dibesarkan di Lenggong, Norazam Idzha, 19, mengakui dia tidak sabar untuk melihat perubahan yang bakal berlaku di kawasan itu.

Sifat ingin tahu mengenai pengiktirafan Lenggong sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia memuncak.


MALIK REDZUAN, penduduk tempatan menunjukkan serpihan batu suevit yang ditemui di tapak kajian meteorit di Bukit Bunuh, Lenggong.


“Baru saya tahu bukan sembarangan tempat boleh diangkat sebagai tapak Warisan Dunia,” katanya bangga.
Apa yang pasti, pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia bertitik tolak daripada penemuan bukti di Bukit Bunuh. Ia merupakan tapak Paleolitik tertua dunia yang berada di luar Afrika dan mempunyai pentarikhan kronometrik.
Migrasi kuno
Ia disahkan sebagai salah sebuah tapak Paleolitik terpenting di dunia kerana mendedahkan sebuah kompleks Paleolitik seluas empat kilometer persegi dengan pentarikhan lebih 1.83 juta tahun, 40,000 dan 30,000 tahun dahulu.
Biarpun teori Out of Africa mengaitkan setiap manusia mempunyai hubung kait turun-temurun dengan sekumpulan homo sapiens yang merantau keluar dari Afrika, namun migrasi kuno itu mempunyai jejak signifikan di sebuah tempat di negara ini.
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM, Prof. Dr. Mokhtar Saidin, terdapat bukti menunjukkan bahawa penempatan manusia prasejarah di Lembah Lenggong telah wujud sejak 1.83 juta tahun lalu.
“Manusia terawal di dunia dibuktikan wujud di Afrika dua juta tahun dahulu, tetapi di Lenggong ia tertua di luar Afrika.
“Penemuan ini menyaingi bukti dunia yang mengatakan manusia terawal wujud di luar Afrika hanya bertapak di Dmanisi Georgia sekitar 1.8 juta tahun dahulu,” katanya kepada Kosmo!.
Bukti-bukti yang ditemui dalam penyelidikan di Bukit Bunuh yang dilakukan sejak tahun 2001 menunjukkan tapak ini dihuni secara berterusan.
“Bukit Bunuh menjadi pilihan kawasan penempatan awal kerana ia menyediakan sumber alam yang diperlukan untuk menyediakan peralatan batu.
“Ia menyediakan persekitaran kuno yang mempunyai sumber air dari tasik kuno, flora dan fauna yang mereka perlukan,” kata Mokhtar.
Penggunaan kapak genggam yang diumumkan pada tahun 2009 menunjukkan kawasan ini merupakan satu-satunya tapak Paleolitik dunia yang berfungsi sebagai bengkel membuat alat batu.
“Penyelidikan di Bukit Bunuh juga menemukan bukti tentang sebab kemusnahan budaya awal Paleolitik ini akibat jatuhan meteorit pada 1.83 juta tahun dahulu yang telah dikenal pasti melalui bukti geomorfologi, kehadiran batuan suevit dan geologi kawasan,” katanya.

ASID deoksiribonukleik (DNA) kaum Semang beretnik Negrito juga ditemui di Lenggong. – Gambar hiasan


Tambahnya, ekskavasi yang dipelopori oleh penyelidik USM, Prof. Datuk Zuraina Majid di Kota Tampan, Lenggong juga menemui bukti-bukti kewujudan manusia awal menerusi analisis mitokondrial asid deoksiribonukleik (DNA) kaum Semang beretnik Negrito.

Penemuan tersebut menunjukkan kaum berkenaan berasal daripada sekumpulan manusia yang meninggalkan Afrika kira-kira 80,000 tahun dahulu.

Selain itu, penyelidikan yang dijalankan mendapati, penempatan zaman prasejarah iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam wujud di Lembah Lenggong.

Penemuan di Bukit Jawa misalnya, hasil pemetaaan paleoalam tapak Kota Tampan mendedahkan penempatan masyarakat Paleolitik yang biasanya di gigi tasik, mempunyai enapan kelilir Sungai Perak yang digunakan untuk membuat alas batu, sekitar 100,000 ke 200,000 tahun dahulu.

Di tapak Gua Gunung Runtuh pula telah ditemui rangka lelaki Perak Man yang merupakan satu-satunya rangka manusia terlengkap prasejarah, dilahirkan dengan kecacatan genetik Brachymesophalangia Jenis A2.
Perak Man yang hidup kira-kira 10,000 ke 11,000 tahun dahulu dan dipercayai mati kerana sakit tua pada usia 40 ke 45 tahun. Berdasarkan kehausan gigi gerahamnya, dia dipercayai manusia tertua berikutan jangka hayat individu pada masa itu antara 20 hingga 30 tahun sahaja.

Rangka manusia

Ciri keunikan Zaman Neolitik di Lembah Lenggong pula boleh ditemui di Gua Harimau apabila 11 pengkebumian rangka manusia berusia kira 2,000 ke 4,000 tahun dahulu dijumpai dengan barangan kiriman seperti bekas tembikar, alatan batu, perhiasan badan dan sisa makanan.

Malah, penemuan tunggal penempatan Zaman Logam di Gua Harimau itu juga menunjukkan logam yang digunakan lebih tua usianya berbanding alatan sama yang ditemui di Sarawak (Gua Niah dan Gua Sireh), Selangor (Jenderam Hilir dan Kampung Sungai Lang) dan Sabah (Gua Agop Atas dan Gua Pusu Lumut).
Sebagai salah seorang individu yang bertanggungjawab menulis cadangan untuk dipertimbangkan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia kepada UNESCO, Mokhtar mengakui beliau yakin segala-galanya berjalan lancar.

Jelasnya, pengiktirafan tersebut amat penting bagi memastikan artifak-artifak yang ada termasuk batu-batu suevit perlu dipelihara sebagai warisan negara.

“Kita juga mahu ia terus diselidiki bagi mendapat gambaran sebenar mereka yang menghuni di kawasan ini sejak lebih 1.83 juta tahun lalu yang sebenarnya berupaya mengubah beberapa teori tentang masyarakat Paleolitik seperti teori normadik dan pergerakan manusia awal,” jelas Mokhtar.




Select Your Langguage

Advertisement

Warisan Tamadun



Mungkin Anda Meminati ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...