Tuesday, January 22, 2013

DUNIA Kawah tasik purba di Marikh

Gambar NASA menunjukkan pemandangan lapisan berbatu dasar Kawah McLaughlin di Marikh. - Foto 

REUTERS Washington: Sebuah kapal angkasa milik Amerika Syarikat yang mengorbit planet Marikh menemui bukti kewujudan sebuah kawah tasik purba mengandungi air bawah tanah.

 Penemuan ini sekali gus menyokong teori bahawa Planet Merah itu mungkin satu ketika dulu pernah didiami hidupan, kata Agensi Angakasa Lepas Amerika (NASA) kelmarin Data spektrometer dari Pengorbit Tinjauan Marikh NASA (MRO) menunjukkan kesan karbonat dan mineral tanah liat biasanya terbentuk dengan kehadiran air di bawah Kawah McLaughlin sedalam 2.2 kilometer itu.

 Pemantauan baru itu mencadangkan pembentukan karbonat dan tanah liat di dalam sebuah tasik diisi air bawah tanah dalam lembangan kawah, kata NASA berhubung penemuan itu yang diterbitkan edisi online Nature Geoscience.

 Sesetengah penyelidik mengatakan bahagian dalam kawah menadah air, kata agensi angkasa lepas itu, menambah bahawa zon bawah tanah yang menyalurkan air mungkin menjadi persekitaran lembap dan habitat potensi. Kawah itu kekurangan saluran dalaman besar, jadi tasik itu kemungkinan diisi air bawah tanah, kata saintis.

 Pemantauan terbaru menyediakan bukti terbaik pembentukan karbonat dalam persekitaran tasik bukannya dialirkan ke dalam kawah dari luar, kata penulis utama jurnal, Joseph Michalski, Kawah dengan lebar 91.73 kilometer itu terletak pada hujung satu cerun beberapa ratus kilometer panjang dan sama seperti bumi, tasik diisi air bawah tanah itu terletak di paras rendah.

AFP

Wednesday, January 9, 2013

Teleskop NASA kesan 461 planet baharu


AP
LAKARAN artis menunjukkan beberapa planet yang dikesan teleskop kapal angkasa Kepler.


CAPE CANAVERAL, Florida - Teleskop kapal angkasa Kepler milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mengesan 461 lagi planet baharu, kata seorang saintis, Christopher Burke kelmarin.

Menurutnya, kebanyakan planet itu menyamai saiz Bumi.
Bagaimanapun, katanya, terdapat sebahagian planet itu yang mempunyai saiz beberapa kali ganda lebih besar berbanding Bumi.

Pengumuman itu menjadikan sebanyak 2,740 planet mungkin boleh diduduki manusia.
"Dua tahun lalu, kami mempunyai sekitar 1,200 calon planet (yang mungkin boleh diduduki). Setahun kemudian, kami menambah sejumlah besar planet baharu," kata Burke pada satu sidang media di Long Beach, California.

Antara penemuan baharu itu termasuk sebuah planet bersaiz 1.5 kali ganda lebih besar berbanding Bumi.
Planet itu mengelilingi matahari dalam kitaran orbit lengkap 242 hari. - Reuters

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0109&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm#ixzz2HQygsWSr

Sunday, January 6, 2013

Web Server

  



Tutorial kali ni berkaitan dengan web site dan cara untuk menguji website anda tanpa perlu software yang rumit. 

Web Server
Biasanya selepas kita membina laman web(website), kita akan menguji keberkesanan laman web tersebut dengan bantuan beberapa jenis software seperti apache web server, Wamp, Lamp dan lain2 lagi. Untuk tujuan tersebut satu software web server telah saya reka, main - main jer dengan bertujuan memudahkan saya untuk test laman web yang dibina. Software tersebut namanya secawan Web Server.

Cara Menggunakan secawan Web Server :-

Pertama
- Download Software ini Link
- Extract seluruh file

Kedua
- Pergi ke folder register seperti gambar diatas

- Right Click dan jalankan run as administrator( Windows 7 Sahaja) file register seperti gambar di atas

- Dan paparan gambar diatas ini akan muncul jika berjaya

Ketiga

- Double click file secawan Web Server seperti gambar diatas.
- Pilih allow Access supaya software ini dapat dijalan tanpa gangguan


- Maka akan muncullah software secawan Web Server
- Tekan Button Start sehingga label status menjadi "Connected" seperti gambar di bawah

- Kemudian anda pergi ke web browser anda dan taip ip address yang yang muncul seperti kat arrow gambar diatas dan dibawah ini ip address saya. Ip address anda lain dari saya.



 
- Atau pun taip "localhost" dalam browser anda seperti gambar di bawah


- dan muncullah website web server
silalah mengedit web site tersebut yang berada di dalam folder cawan seperti gambar di bawah




Ke empat

- Di dalam folder cawan terdapat file bernama "index.html" anda boleh mengubah fail tersebut mengikut kesesuaian laman web anda


 Sebelum menutup jangan lupa tekan button "Stop"



Sehingga status menjadi "connection closed" seperti gambar dibawah :


Software ini berguna kepada web developer dan LAN web testing.
berikan komen anda.

Selamat Mencuba


Download url secawan Web Server
http://www.4shared.com/zip/ka7PuRT-/WebServer.html

Video Tutorial Here:

http://www.youtube.com/watch?v=0dFOE7K55Ss

" Perhatian : Software ini sesuai untuk sistem operasi Windows sahaja, dari windows XP hingga ke Windows 7"



Credit Source To : http://itsegmen.blogspot.com/2013/01/web-server.html




Select Your Langguage

Advertisement

Warisan Tamadun



Mungkin Anda Meminati ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...