Sehingga
ke hari ini masih belum ada manusia yang dapat menjelaskan teori atau
fenomena “Bagaimana Matahari Terbit dari Barat”. Fenomena ini diterima
oleh saintis Barat dan mereka telah mengeluarkan pelbagai teori. Malah
tidak kurang juga dengan saintis-saintis, ilmuan dan pemikir Islam yang
memberi pandangan dan komen. Tidak semua teori dari Barat adalah betul,
maka marilah kita sama-sama kembali kepada Al-Quran dan mengkaji
bagaimana agaknya penjelasan Al-Quran.
Untuk kebaikan bersama,
baik kita “melihat” sepintas lalu akan teori-teori Barat ini sebelum
kita mengkaji teori Al-Quran agar kita dapat membuat penelitian dan
perbandingan.
Barat mengemukakan 3 teori iaitu:
- Teori-1: “retrograde motion” iaitu relatif peredaran bumi dengan planet lain seperti planet Marikh.
- Teori-2: perlanggaran bumi dengan komet atau planet lain yang amat dahsyat sehingga menyebabkan bumi bertukar pusingan, dan
- Teori-3: sebab keadaan bumi yang semakin hampir dengan matahari!
Teori Retrograde Motion Dikatakan antara penyebab matahari akan teribit dari Barat
Ke tiga-tiga teori ini
boleh dimuat turun dari kebanyakkan sesawang Internet (seperti
www.Islamhadhari.net “Saintis Barat akui matahari akan terbit dari
barat” pada Ogos 18, 2008). Di bawah ini adalah sedikit ringkasan dari
petikan artikel di atas.
Fenomena ini terdapat di
dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, katanya,
Rasulullah s.a.w telah bersabda (yang bermaksud).
Tiga perkara, apabila zahir kesemuanya, tidak akan memberi manfaat iman seseorang itu. Sama ada yang tidak pernah beriman sebelum itu atau imannya tidak memberi kebaikan terhadap dirinya. (Iaitu) ketika matahari terbit dari arah barat, Dajjal dan Daabatul Ardh (sejenis makhluk dari dalam bumi). – (Riwayat Muslim)
Teori Al-Quran
Sekarang mari kita
mengkaji teori Al-Quran “bagaimana matahari terbit dari barat”. Saya
memilih dan mengkaji 7 ayat (mungkin ada banyak lagi ayat-ayat lain)
yang saya fikirkan bagaimana Al-Quran menjelaskan tentang fenomena ini
iaitu satu ayat pada surah Al-Qamar (54:1) (bermaksud)
Saat (hari Kiamat) semakin dekat, bulan pun merekah / terbelah.
dan 6 ayat pada surah Al-Hijr (15:72-77) (bermaksud) (15:72)
(72) Demi umur engkau, sesungguhnya mereka dalam keadaan mabuk dan kebingungan. (73) Lalu mereka disambar bunyi teriakan yang keras ketika matahari terbit. (74) Lalu Kami jadikan (negeri) mereka yang diatas jadi ke bawah (tertonggeng), dan Kami turunkan ke atas mereka hujan batu dari tanah yang keras. (75) Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang memerhati (mengkaji). (76) Dan sesungguhnya (negeri) itu maseh benar-benar terletak pada jalan yang maseh tetap (tidak musnah dan maseh dilalui orang. (77) Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagi orang-orang yang beriman ).
Mengikut kajian saya,
Al-Quran menjelaskan matahari akan terbit dari barat apabila bumi sudah
“tertonggeng” iaitu kutub utara menjadi kutub selatan dan kutub selatan
menjadi kutub utara. “Proses tertonggeng” ini berlaku apabila bulan
merekah dan memancarkan tenaga elektrik ke arah bumi, menyebabkan daya
magnet bumi bertindakbalas dan berpusing secara perlahan-lahan. Tenaga
elektro-magnet ini juga akan menyebabkan otak manusia menjadi bingung
dan keliru. Selain dari tenaga elektro-magnet, rekahan bulan juga akan
memuntahkan batu-batu keras serta mengeluarkan tenaga bunyi, yang
kemudian sampai kebumi. Sebab itu manusia di bumi akan mendengar bunyi
yang kuat, dan kemudian manusia akan dihujani oleh batu-batan.
Apabila bumi sudah tertonggeng, maka manusia dibumi akan dapat melihat matahari terbit dari barat.
Teori Quran Vs Teori Barat
Kalau di kaji dengan
teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori
barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi
bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara
bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan
dalam proses kejadian ini.
Yang ke-duanya, teori
Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan
melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam
makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat!
Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang
besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang
berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun
sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan
menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam
kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini,
maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau
khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan
segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan,
tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan
berterbangan.
Lagi pun untuk membolehkan
bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti
pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu
3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan
mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya
melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari
barat’.
Yang ke-tiga, teori
Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar
kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar
(misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan
bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan
selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak
diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia
maseh lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).
Tambahan pula Al-Quran
menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak
seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan maseh boleh dilalui.
Ke-empat, penjelasan
Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah
mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang
cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa
membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang
berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan
bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya.
Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti,
mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti
dan magnet bumi bertindak balas.
Kesimpulan
Al-Quran adalah kalam
Tuhan dan kitab yang mengandungi pelbagai ilmu yang maha hebat dan
menjelaskan segala-galanya. Fenomena matahari terbit dari barat
dijelaskan Al-Quran dengan terperinci, jelas, dan saintifik. Penjelasan
Al-Quran nampak lebih logik dan mudah difahami berbanding dengan
teori-teori lain seperti dari Barat.
sumber:- http://irfanirsyad.wordpress.com/2012/03/10/bagaimana-matahari-terbit-dari-barat/
No comments:
Post a Comment