Aktiviti eksplorasi gas di wilayah
selatan gurun pasir Arab telah menemui beberapa tengkorak manusia
bersaiz raksasa yang sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab
selatan ini dikenali sebagai "Penempatan Kosong" (Empty Quarter atau Rab
al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco
Exploration.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA
pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum 'Ad dimana
Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh
mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh
memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.
Kemudian, setelah
Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka daripada
umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan
serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian
diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini
adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.
Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah
menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki
lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.
Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan
bahawa gambar ini adalah 'super impose'. Ini adalah cubaan penafian
daripada pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya.
Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia
berhasil daripada evolusi monyet dan beruk.
Penemuan Arkeologi di Kota Iram
Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar
yang terkemuka di dunia yang menyatakan "Kota Legenda Arabia yang Hilang
Telah Ditemui", "Kota Legenda Arabia Ditemukan", "Ubar, Atlantis di
Padang Pasir."
Yang membuatkan penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan
bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai orang, yang sejak
dahulu beranggapan bahawa kaum 'Ad sebagaimana diceritakan dalam Al
Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka
tidak akan dapat ditemui lalu kini mereka tidak dapat menyembunyikan
kehairanan mereka atas penemuan ini. Penemuan bandar ini, yang hanya
disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa
ingin tahu yang sangat mendalam.
Nicholas
Clapp ialah seorang arkeologi amatur yang telah menemui kota legenda
yang disebutkan di dalam Al Quran. Sebagai seorang Arabophile dan
pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku
yang sangat menarik selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini
berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris
bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom
untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi
Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini
"Eudaimon Arabia". Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya
sebagai "Al-Yaman As-Sa'idah".
Semua nama tersebut bermaksud "Tanah Arab yang Beruntung ", kerana
orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai
orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang
menguntungkan itu?
Keberuntungan mereka sebahagiannya berkaitan dengan kawasan mereka yang
begitu strategik untuk menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus
antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab. Di samping
itu, orang-orang yang mendiami di daerah ini juga menghasilkan dan
mengedarkan "frankincense" sejenis getah wangi daripada sejenis pokok
langka. Kerana ia sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini
digunakan sebagai dupa dalam pelbagai upacara keagamaan. Pada saat itu,
tanaman tersebut sekurang-kurangnya menyamai harga dengan emas.
Thomas memaparkan tentang suku-suku yang "beruntung" ini dengan panjang
lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba
yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang
dikenali suku Badwi dengan sebutan "Ubar". Pada salah satu perjalanannya
ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu
menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut
mengarah ke bandar kuno Ubar. Thomas telah sangat berminat dengan
perkara ini dan mahu mengkajinya dengan lebih mendalam lagi.
Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas maka beliau berasa yakin akan
kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa,
beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan
dua cara. Pertama, ia menemui pusat-pusat yang menurut suku Badwi adalah
benar-benar wujud. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika
Syarikat) untuk menyediakan foto satelit di daerah tersebut. Selepas
rundingan yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak berkuasa untuk
memotretkan daerah tersebut.
Clapp seterusnya mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di
perpustakan Huntington di California. Tujuannya adalah untuk menemui
peta dari daerah tesebut. Setelah membuat penelitian dan kajiannya maka
beliau berjaya menemui lokasi bandar puba tersebut. Beliau ditemuinya
melalui sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi
Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini telah menunjukkan lokasi
sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan untuk
menuju ke kota berkenaan.
Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan.
Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat dilihat, suatu
hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat
sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan foto-foto
ini dengan peta tua yang ada di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai
kesimpulan yang dia cari selama ini: pusat-pusat dalam peta tua itu
bersesuaian dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dari satelit
atas bantuan NASA. Maka matlamat terakhir daripada kesimpulan yang
diambil beliau adalah pergi dan menggali tapak lokasi tersebut.
Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan
suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan
peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir.
Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai "Ubar, Atlantis di
Padang Pasir".
Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran?
Setelah runtuhan-runtuhan mulai digali maka diketahuilah bahawa bandar
yang hancur ini adalah milik kaum 'Ad yang berupa tiang-tiang Iram yang
disebutkan mirip seperti di dalam Al Quran kerana di antara pelbagai
struktur yang digali terdapat menara-menara yang secara khusus
disebutkan dalam Al-Quran. Dr. Zarins, seorang ahli pasukan kajian yang
memimpin penggalian mengatakan bahawa kerana menara-menara itu disebut
sebagai bentuk khas bandar 'Ubar, dan kerana Iram disebut mempunyai
menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti terkuat setakat ini,
bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar kaum 'Ad yang
disebutkan dalam Al Quran:
Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum
'Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi
yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri
lain. (QS. Al-Fajr, 89: 6-8)
1 comment:
cerita ni banyak tipu la wei
lain kali sertakan fakta
Post a Comment