Lama Dah Orang Tua ni Menipu Kita!!!!!!! Pembohong Besar, Raja Fitnah, Punca segala Huru Hara. Inilah Orangnya..
Mintak Maaf kepada Sesiapa yang memuja Makhluk Bernama AnUwar Ini.
Tak Rugi Melihat dan menilai sendiri siapakah AnUwar yang dipoja puji itu.
EKSLUSIF!!! SURAT ANAK DR MAZLAN ISMAIL ....
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi.
Setelah lama menyepi maka aku akan ceritakan sebab-sebab Dr Mazlan
menentang DSAI. Ramai rakan-rakan yang baik hati, private message aku
dan tanya kenapa lawan DSAI. Alhamdulillah cara yang baik dan Islami.
Tapi aku terkilan dengan mereka yang secara terbuka menyerang dan
mengkritik aku, tag di sana sini. Kot2 nak PM dulu ka tanya ka, dak pun.
Tanpa menyelidik pun sebab kenapa lawan DSAI.
Maka hari ini saya secara terbuka akan menceritakan kenapa kita perlu
menentang DSAI. Dr Mazlan telah menggadaikan pekerjaan besar Naib
Presiden Telekom Malaysia hanyalah demi menyelamatkan akidah ummat!
Anwar Ibrahim membawa bersamanya ideologi yang pelik, bercanggah dengan
syarak. Maka kerana tiada siapa yang sudi untuk menentang beliau, maka
Dr Mazlan lah yang menjadi ayam tambatan kepada ummat. Itu pun masih
lagi yang menyerang beliau. Malah rakan-rakan aku dari PAS ada jugak
yang taksub tu, kutuk Dr Mazlan, "kata dia ni memang tak suka Anwar
lepastu UMNO guna la"..
Beradap la sikit.. tak boleh nak husnul zhon langsung.
Orang seperti Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin Pakatan Rakyat,
berilah kepimpinan kepada orang baru pulak, pimpinan PAS lagi ramai
yang tak menjual agama demi undi. Anwar Ibrahim tidak layak menjadi PM
sekiranya PR menang. Dasar PKR sebagai parti paling banyak bertanding
kerusi melebihi PAS, bukan bawa agenda Islam, bukan ada Majlis Syura,
bukan dasar Islam pun.
Serahkan yang hak kepada mereka yang berhak.
Kepada yang kata kita menentang Anwar sebab kita anti-anwar, itu salah
sama sekali! Kita menentang ideologi, dasar mencabar akidah yang
dibawanya. Ideologi ini sepanjang masa akan menjadi ancaman buat islam,
dan hari ini ideologi ini bertopengkan manusia bernama Anwar Ibrahim.
Persoalannya, siapakah yang sudi menentang beliau dan menjadi katalis
dalam tindakan ini?? Dan siapakah yang akan berada di sebelah sana
membela tindakan Anwar Ibrahim?
Sesiapa yang ada fikrah Islam yang jelas pasti akan memilih menentang
Anwar Ibrahim, bukannya setakat sembang lebat nak buat Islam tapi
berdiam diri soal siapa Anwar Ibrahim; seterusnya membiarkan Dr Mazlan
dicaci dihina walaupun perbuatan ini untuk kebaikan Ummat.
Kepada yang kata kita bergabung dengan pihak yang zalim, aku nak habaq
orang yang zalim ialah orang yang membiarkan Anwar Ibrahim menjadi
pemimpin, membiarkan ummat dirosakkan akidah mereka oleh manusia ini.
Ini bukan soal gabung dengan sesiapa, tapi soal nak halang orang yang
tidak layak menjadi pemimpin, ketua di negara kita. Berlambak lagi yang
layak, nak pilih orang macam ni buat apa? Jika ada individu yang
berakidah sebegini dalam PKR, PAS, bahkan UMNO sekalipun maka semua
orang wajib menolak orang ini tanpa kira parti.
Weight bertanding menentang Anwar Ibrahim tidak sama dengan weight
menentang ahli biasa PKR. Kerana Anwar Ibrahim pemimpin PR, dan fikrah
beliau akan dijadikan dasar negara sekiranya menang negara.
Takpayah cakap banyak. Kami bukan lawan PAS PKR tapi lawan figure yang
bernama Anwar Ibrahim. Jangan dok ambik personal. Kawan2 aku yang PAS
hampa dok kalut apa, kami bukan lawan PAS..PAS jugak untung kalau Anwar
takdak, boleh PAS jadi kuat dalam PR. KALUT SUNGGUH.
Ni aku nak habaq mai, hampa khatam blog yang aku sertakan itu, lepas tu
mai lah balun aku dan habaq benda kami buat ni betul atau salah!
Tak percaya lagi blog tu, pi jumpa ustaz-ustaz, bagi link blog tu suruh
depa baca, dan tanya betui dak tindakan Dr Mazlan lawan Anwar?
Satu lagi, yang dok bubuh kesalahan konon ada ahli UMNO hina Nik Aziz
kata kafir la, buat video seks konon Mustafa Ali la, apa kaitan dengan
Dr Mazlan?
Boleh dak aku kata ahli PAS yang kata ahli UMNO kafir, tu Ustaz Hadi
yang salah? Boleh ka? Aku nak bagi cayaq sikit otak jumud tu.
Akhlak ahli UMNO atau ahli PAS yang berjuta-juta orang mana boleh nak
sama dengan Dr Mazlan atau Tuan Guru Haji Hadi. Ini tanggungjawab semua
untuk dakwah, bukan bubuh kesalahan atas mana-mana pihak. Buang la sifat
taksub tu...
Yang dok share sana sini konon Anwar dihina dimaki la dipenjara
ditelanjangkan la apa, ya kita kesian kalau benda itu benar; tapi itu
masih tidak menghilangkan kebenaran yang dengan akidah dia ni. Kalau
Anwar jadi pemimpin negara dan dibawa bersamanya ideologi yang pelik dan
bercanggah dengan syarak untuk dijadikan polisi negara, siapa nak
tanggung? Maka haram untuk kita memilih beliau. Awat kalau kesian kat
dia, dia jadi layak memimpin?
Takkan la kriteria layak nak jadi pemimpin itu kena buat orang kesian kat kita.
Ni orang yang fikrah Islam yang jelas, dia tak akan biaq orang macam
Anwar ni jadi pemimpin. So something to ponder- pihak mana yang angkat
Anwar jadi pemimpin? Parti UMNO ka? Dr Mazlan kena caci maki berkandaq,
yang konon 'fikrah jelas' tu diammm ja, biaq kami kena maki.
Hampa sedaq dak kalau Dr Mazlan tak ambik tanggungjawab lawan Anwar dan
Anwar menang dalam pilihanraya, dia jadi PM dan jadikan ideologi yang
bercanggah islam tu dasar negara, hampa yang undi dia, hampa yang
'fikrah jelas' tu tanggung la dosa sebab mendiamkan kebenaran, seperti
firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 42 "Dan janganlah kamu
mencampurkan kebenaran dan kebatilan dan jangan kamu sembunyikan
kebenaran itu sedang kamu mengetahuinya".
Yang kata Dr Mazlan gila duit la apa, dia tu dah VP TM kot, tak payah
susah2 dah cari kerja lain, gaji dah berlambak pun, nak pi turun
menghadap caci maki hampa ni buat apa. Yang pembangkang yang kata Dr
Mazlan lapaq kontrak kerajaan lepas pilihanraya, bukankah hampa yang
kata Kerajaan BN akan jatuh, oleh itu memang tak cerdik la sapa yang pi
bertanding time ni, baik duduk diam2 kat Telekom, takdak caci maki.
Orang dah berkorban jiwa raga hampa dok kutuk Dr Mazlan.
Takpala... kami buat demi Islam. Allah jugak yang nak judge kami di akhirat. Bukannya manusia mana2 yang hina Dr Mazlan tu..
Semoga Allah beri kefahaman Islam kepada semua, kemaafan kepada yang
menghina, dan rahmat ke atas rakyat Malaysia. Aaameen inshaAllah.
Wallahua'lam.
Ahmad Uzair Mazlan
Anak Dr Mazlan
No comments:
Post a Comment