ASAL USUL PLANET NIBIRU ATAU PLANET X
Ini bermula dengan khabar angin Bumi akan musnah pada tahun 2012
disebabkan tamatnya kalendar kaum Maya iaitu suatu kaum yang
bertamadun tinggi yang wujud sekitar 2500 tahun sebelum Masihi di
bahagian tengah Benua Amerika yang meliputi Honduras, Guatemala,
El Salvador Utara sehingga ke tengah Mexico.
kaum maya
Ramalan Nostradamus (Michel de Nostredame (1503 – 1566), seorang
ahli ramal Perancis yang tersohor dengan ramalan-ramalan beliau
melalui bukunya Les Propheties ("The Prophecies") (1555). Ramalan
beliau menyatakan bahawa planet Bumi akan binasa disebabkan
perlanggaran dengan planet Nibiru pada 21 Disember 2012. Dakwaan
ini berasaskan kepada berakhirnya kalendar kaum Maya.
Ingin saya tegaskan di sini bahawa tiada maklumat dan data yang telah
direkodkan mengenai kewujudan planet ini. Pihak NASA juga telah
menyatakan bahawa tiada bukti yang sahih mengenai kewujudan planet
Nibiru atau planet X tersebut oleh mana-mana data pencerapan.
Berkenaan dengan dakwaan sesetengah pihak mengenai Planet X atau
planet Nibiru ini tidak dapat dilihat dan dipantau kerana ianya berada
dekat dengan Matahari adalah tidak benar. Ini adalah kerana setiap
objek mempunyai orbitnya sendiri. Oleh itu, sekiranya orbit planet X ini
berdekatan dengan sistem suria kita, sudah tentu ahli astronomi dan
penyelidik sudah dapat menemui planet ini dan ianya dapat dilihat
dengan mata kasar kerana ianya semakin menghampiri Bumi.
Pelbagai pemantauan secara berterusan mengenai objek-objek samawi
seperti komet dan asteroid yang mengorbit berdekatan dengan Bumi
yang berpotensi untuk berlanggar dengan Bumi (Near Earth Objects,
NEO) telah dijalankan oleh beberapa inisiatif global seperti Safeguard
Survey dan NASA NEO Programme Office. Pemantauan juga dijalankan
dengan menggunakan teleskop di angkasa lepas seperti Infrared
Astronomy Satellite (IRAS) untuk memantau sebarang ancaman dari angkasa.
Sehubungan dengan itu, ANGKASA turut bekerjasama dengan pihak
agensi angkasa lepas antarabangsa lain seperti NASA, Pejabat
Hal Ehwal Angkasa Lepas, Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu(UNOOSA) dalam isu ancaman dari Angkasa seperti ini.
Sehingga kini, tiada objek angkasa lepas yang akan memberikan
ancaman kepada Bumi secara langsung.
KESAN ANCAMAN DARI ANGKASA
Sebenarnya planet Bumi sentiasa terdedah kepada perlanggaran
dengan jasad-jasad samawi seperti komet dan asteroid yang berdekatan
dengan Bumi ataupun mempunyai orbit yang akan melintas hampir
dengan Bumi (Near Earth Objects, NEO).
Saiz NEO ini pula berbeza- beza, yang kecil seperti tahi bintang (shooting stars) yang kita boleh lihat
hampir setiap malam, dan yang terbesar antaranya berlaku 65 juta tahun
yang lepas, yang telah memusnahkan kehidupan dinosaur di atas muka
Bumi. Walaupun demikian, kebarangkalian untuk perlanggaran NEO
bersaiz besar ini adalah amat rendah, dan antara perlanggaran asteroid
bersaiz sederhana pula adalah seperti di USA yang menghasilkan
Barringer Crater pada 50,000 tahun lepas dan di Argentina yang
menghasilkan Rio Cuarto Crater (10,000 tahun lepas).
No comments:
Post a Comment