Gambaran Tabut oleh Yahudi
Dan Nabi mereka berkata lagi
kepada mereka : “Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan
benarnya dari Allah S.W.T.) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang
mengandungi (sesuatu yang mamberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu,
dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga
Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat.
Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda
keterangan bagi kamu, jika betul kamu orang-orang yang beriman”.
Surah al-Baqarah ayat: 248
Apabila Bani Israel di zaman Nabi
Daud meminta seorang raja untuk menyatu padukan mereka dan memimpin
mereka untuk menghadapi peperangan, Allah memperkenankan doa mereka,
Allah jadikan Tolut sebagai raja mereka dengan didatangi oleh malaikat
peti Tabut sehingga mereka dapat mengalahkan musuh-musuh mereka. Peti
tersebut mempunyai barang peninggalan Nabi Musa, Nabi Harun dan
barang-barang orang-orang soleh dari keturunan Yahudi. Mereka mendapat
ketenangan dengan peti tersebut.
Telah jelas kepada kita bahawa
peti tersebut adalah mulia pada sudut sejarah di zaman Nabi Musa dan
Nabi Harun, kita tahu sesungguhnya Allah S.W.T. telah menurunkannya pada
Nabi Musa yang mengandungi wasiat-wasiat berguna sebagaimana terdapat
juga pada kitab Taurat sebagai bukti, dan ketika Nabi Musa mengadap
Allah S.W.T. di Bukit Thur Sina. Di antara bahan sejarah tersebut telah
diambil oleh musuh Yahudi selama tujuh bulan.
Terdapat dalam Taurat
menceritakan bahawa Tabut adalah diukir daripada kayu dan emas kerana
mengikut perintah Allah, panjang Tabut adalah satu meter atau 1/4 meter
sementara lebar 75 sentimeter. Demikian juga tinggi nya. Diriwayatkan
Bani Yahudi akan membawa Tabut di barisan hadapan tentera mereka supaya
mendapat kemenangan, mereka mempercayai Tabut akan memberi kemenangan
kepada mereka. Terdapat riwayat daripada Nabi Daud yang mengatakan
mereka akan mendapat kemenangan apabila mereka kembali memilki Tabut.
Tabut dibawa dibarisan hadapan mereka supaya mendapat kemenangan.
Tabut pada pandangan Yahudi lebih
suci dari segala kitab-kitab suci yang terdapat pada mereka, mereka
meletakkannya di tengah khemah dan Nabi Daud akan hadir bersama mereka.
Dan ketika Nabi Sulaiman membina
binaan (tempat suci), Nabi Sulaiman meletakkannya di sudut yang paling
tinggi, dalam bilik yang tidak berjendela dan di hadapan mihrab kerana
mereka percaya Roh Allah S.W.T. akan menjelma pada Tabut, dan ketika
runtuhnya tempat suci itu, maka hilanglah Tabut dan terbakar bersama
binaan yang telah dibina oleh Nabi Sulaiman.
Terdapat berbagai kisah tentang
Tabut, sehingga terdapat kisah juga yang mengatakan anak nabi Sulaiman,
hasil perkahwinan dengan Puteri Balkis telah melarikan Tabut ke Mesir.
Kemudian ke Habsyah tetapi Yahudi tetap mencari Tabut yang berbentuk
kotak kecil diperbuat daripada kayu yang telah berusia paling sedikit
3200 tahun.
Ketaksuban untuk mencari Tabut ini dapat dilihat di dalam filem Hollywood.
Kesannya?
Sesetengah daripada kaum Yahudi
berpendapat Tabut tersimpan d ibawah Masjid Al-Aqsa. Di mana terdapat
juga orang-orang Palestin memberi kerjasama mencari Tabut kerana
terdapat riwayat seorang lelaki Jordan telah ternampak peti tersebut
ditanam di satu tempat di Masjid Al-Aqsa. Kaum Yahudi akan tetap mencari
Peti Tabut tersebut walaupun memakan masa berkurun tetapi untuk
membuktikan bahawa mereka adalah kaum yang memihak kepada kebenaran.
Sebenarnya mereka sendiri telah terpesong jauh dari hakikat kebenaran,
mereka sendiri memutarkan belitkan fakta sejarah. Semua yang Yahudi
cari, Yahudi akan menganggapnya satu perkara yang suci.
Diantara Pencarian yang telah ditemui oleh kaum Yahudi.
Peti Tabut ini mungkan di antara
peti rahsia yang tidak sebenar kerana kaum yahudi sendiri telah menipu
sesama mereka sehingga sukar mereka menemui peti sebenar.
Apa yang mereka dapati dalam peti ini adalah sedikit batu kesan sejarah dan lain-lain barang yang diperbuat daripada emas.
Pencarian masih lagi dilakukan
sekarang ini di bawah Masjid Al-Aqsa dan sekitarnya. Ini telah
merosakkan struktur asas binaan masjid ini (lihat gambar di bawah).
Tetapi malangnya ramai umat Islam yang lena tidur dibuai oleh permainan
Yahudi di media massa dan sebagainya.
Keadaan Di Bawah Masjid Al-Aqsa
Keadaan Di Dalam Masjid Al-Aqsa
Keadaan Di Sekitar Masjid Al-Aqsa
No comments:
Post a Comment