Saturday, September 1, 2012

Alien & Tamadun Purba - MISTERI PUMA PUNKU

Ekoran dari entri sebelumnya Alien & Tamadun Purba - MISTERI PIRAMID GIZA, terdapat lagi satu architecture / binaan yang menjadi persoalan kepada archeologist, scientist, ancient alien theorist dan macam-macam perbadanan yang mengkaji tentang tamadun purba, iaitu, Puma Punku.

Puma Punku adalah satu kawasan Temple Purba yang complex dari segi pembinaannya (lebih complex dari Giza Pyramid), yang terletak di Tiwanaku, Bolivia. Kompleks Puma Punku ini terdiri daripada batu batan yang telah di potong halus seolah-olah menggunakan teknologi yang canggih pada zaman dahulu. Saintis menghadapi masalah dalam determine berapa umur kompleks ini, namun terdapat satu structure yang telah di kaji berumur lebih
14,000 Tahun! Pada zaman batu, TETAPI, bagaimanakah orang pada Zaman Batu mampu membina temple yang complex ini?? Se-complex mana? Bagaimanakah Kompleks ini musnah begitu sahaja?.. Persoalan tersebut mungkin akan saya jawabkan sebentar lagi.

APA YANG SPECIAL / UNIK TENTANG PUMA PUNKU?
block of Puma Punku, weighing almost 20 tons
  Rajah di sebelah adalah salah satu daripada batu batan di Puma Punku yang wujud 14,000 tahun dahulu. Anda perasan tak apa peliknya pada batu ni? 
1. Bekas potongan pada batu ni adalah un-natural, bermakna ianya sengaja di potong. Betul bukan? Okayy.. Persoalannya, bagaimana manusia, pada Zaman Batu, MAMPU memotong batu batan ini secara halus? Jika anda letakkan sebiji guli di atas batu ini, guli tersebut tidak akan jatuh, begitulah lurusnya potongan yang ada pada batu ini.




a block has a perfect precision of lines & holes
2. Jika anda lihat pada rajah yang kedua pula, terdapat satu garisan lurus yang telah di potong sebaris dengan beberapa lobang yang setiap diameter adalah sama, dan saiz pada lubang itu juga sama seolah-olah ianya di potong menggunakan sebuah mesin yang sama berulang-ulang kali. Persoalannya, apakah mesin itu? Mesin tidak wujud pada 14,000 tahun lepas, jadi apakah mereka gunakan? Siapakah pembina itu?




the H block

3.  Jenis batu yang digunakan dalam kompleks Puma Punku adalah Diorite. Diorite adalah salah satu batu yang keras & susah untuk di ukir dan potong kecuali jika menggunakan batu yang lebih keras iaitu berlian.. Jadi, bagaimanakah orang pada zaman yang batu berbekalkan teknologi yang rendah (itupun kalau masih layak di gelar teknologi) memotong, mengukir batu tersebut dengan susunan dan ukurang yang sangat-sangat-sangat tepat? 

4. Pada archeologist telah menggali di Puma Punku ini, dan apa yang mereka telah temui adalah beratus-ratus lagi jenis batu seperti H-Block tadi di bawah tanah yang sedalam 100 - 200 kaki, adalah bukti, bahawa temple ini telah di penuhi dengan lumpur-lumpur, sekaligus lumpur adalah sinonim dengan banjir. Mengikut kajian archeologist lagi, Banjir yang mungkin berlaku di Puma Punku adalah banjir yang sama sepertimana tersebut dalam Al-Quran, Bible, Torah dan mythology Sumerian serta Mayan, yang mungkin berlaku lebih 10,000 - 15,000 tahun yang lepas. Adakah ini menandakan bahawa sesiapa yang membina Puma Punku adalah tamadun yang telah hilang akibat banjir? Maybe.


Puma Punku adalah sangat complex, dan tidak di ketahui apakah motif atau tujuan temple ini di bina. Mungkinkah sebagai tempat pemujaan? Ataupun sebagai 'landasan' bagi Makhluk yang Asing pada bumi untuk mendarat dan di jadikan sebagai base, beribu tahun dahu? Maybe jawapannya ada disini:





Jika ratusan H-Block tadi dikumpul dan letakkan di atas satu per satu, allignment, atau ukirang pada H-Block tadi ada tepat untuk digabunggkan dengan H-Block yang lain. Ini adalah satu bidang Engineering yang amat complex pada 14,000 tahun atau lebih pada zaman dahulu. Manusia sepatutnya belum perolehi pengetahuan seperti ini, jadi.. Kalau bukan manusia? Siapakah yang membinanya?


SIAPAKAH PEMBINA TEMPLE PUMA PUNKU?

 Hanya ada satu jawapan yang simple: Tiada siapa yang tahu. Definately bukan manusia, kerana manusia pada zaman pembinaan temple ini tidak mempunyai teknologi atau pengetahuan atau alatan untuk membina temple ni. Tiada siapa tahu bagaimana mereka mampu membinanya. That is why this is called a mystery.

Satu teori di war-warkan bahawa yang membina Temple ini adalah Makhluk Asing yang telah menziarahi planet bumi ini sejak beribu-ribu tahun yang lepas, menemui moyang-moyang kita, seterusnya memberi pengetahuan dan alatan untuk membinanya.
Teori tersebut di sokong lagi, oleh kerana banjir yang berlaku sewaktu Zaman Nabi Noh (Noah), orang purba yang telah di beri pengetahuan tadi telah hanyut dan pupus di bahkan air banjir. Oleh kerana itu, sebarang manuscript ataupun kitab langsung tidak di jumpai pada tamadun ini. Kemungkinan teknologi mereka telah menjangkau hebat, lebih daripada teknologi kita pada zaman yang kononnya modern ini.

Yang selebihnya, terselamat daripada banjir, mungkin terpaksa bangunkan semula tamadun ini, dan sudah tentu, rekod-rekod lama telah hilang.

Ini mungkin akan membuat manusia berfikir dengan lebih meluas... Temple yang mereka bina, seolah-olah sengaja di design dengan complex sehingga manusia pada zaman moden kita ni menghadapi masalah untuk membinanya semula, jika KITA Sendiri pun Susah nak buat, Bagaimana MEREKA buat? No one knows.

Mungkinkah mereka mempunyai teknologi lebih maju dari kita dan seterusnya hilang begitu sahaja? Mengapakah tamadun yang canggih, seperti Atlantis, Mayan, Aztec dan Puma Punku ini hilang begitu sahaja? Apakah faktornya? Persoalan-persoalan seperti ini yang membuatkan saya terus fikir dan fikir.


Kita hanya boleh membuat andaian, spekulasi, namun sejauh mana kebenarannya? Saya hanya mampu untuk kaji, dan kaji sehinggalah dapat jawapannya. Mudah-mudahan di beri rezeki suatu hari nanti untuk saya ziarahi tempat ini.
 sumber

No comments:



Select Your Langguage

Advertisement

Warisan Tamadun



Mungkin Anda Meminati ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...