Friday, August 3, 2012

Rangka putera Maya ditemui



MEXICO CITY 1 Ogos - Sepasukan penyelidik universiti Jerman menemui rangka putera kaum Maya berusia kira-kira 1,300 tahun yang ditanam dalam sebuah makam purba bersama sejumlah barangan mewah.

Makam tersebut yang bertarikh abad kelapan, ditemui pada kedalaman 1.5 meter di istana diraja Uxul di Campeche yang terletak berhampiran Teluk Mexico.
    
Penyelidik Universiti Bonn, Dr. Kai Delvendah
berkata, putera itu dianggarkan berusia 20 hingga 25 tahun ketika meninggal dunia.

Rangkanya ditemui dalam keadaan berbaring dengan kedua-dua tangannya dilipat ke dada, di dalam makam yang dibina di bawah sebuah bangunan antara kompleks istana.

Delvendah berkata, barangan mewah seperti empat pinggan seramik dan lima cawan seramik yang luar biasa turut ditemui di dalam makam putera terbabit.

"Ada mesej berbunyi 'Ini adalah cawan milik putera', dan cawan kedua turut mempunyai mesej yang sama.

"Satu daripada cawan tersebut menunjukkan tarikh 711 Masihi dan kematian putera muda itu dianggarkan berlaku pada dekad pertama abad kelapan.



"Keadaan seramik yang masih terpelihara menjadikan makam ini sebagai satu daripada penemuan paling penting di lokasi tamadun Maya pernah wujud," katanya.

Namun Delvendah berkata, putera itu mungkin tidak mempunyai hubungan terus kepada keturunan diraja memandangkan tiada ketulan batu jed berlian yang ditanam bersamanya.




Lokasi tempat penggalian yg menemui mayat putera maya berusia 1300 yang dikelilingi harta peninggalannya


Satu panel yang menggambarkan upacara raja-raja Maya

Saintis percaya Uxul merupakan kawasan tidak berpenghuni yang diperintah oleh Dinasti Kaan di Calakmul, namun pada awal abad kesembilan, kawasan tersebut hampir menjadi kawasan yang tandus. - AGENSI

No comments:



Select Your Langguage

Advertisement

Warisan Tamadun



Mungkin Anda Meminati ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...