Tahun 2012 nie antara tahun
yang femes kot...... Dulu....tahun 2000 menjadi femes giler sebab
berlaku masalah dan konflik berkenaan coding kan....[kalau tak silap
la].... Tu yang timbul Y2K tuu..... Sekarang nie tahun 2012
pulak...Sebabnya....banyak sangat yang berkaitan dengan tahun 2012...
Antaranya....
Ramalan Kaum Mayan
Mengikut
kalendar kaum Maya... tahun 2012 adalah tahun berakhir nya kalendar
kaum mayan... Masyarakat Barat menganggap ia adalah ramalan berakhirnya
kehidupan kita semua iaitu KIAMAT.. Ermm.... Bagi sesetengah pihak...
ini bukan menandakan hari kiamat.... Ini menandakan satu kitaran
kehidupan lain atau fasa kehidupan yang baru bagi kitaran semulajadi
yang berlaku setiap beribu tahun.... Ada yang mentafsirkan... akan ada
seseorang yang TURUN DARI LANGIT..... Alien?? Ha ha ha.... Alien nie
wujud ker? Bagi aku memang wujud!!!
Tapi kita semua dah tau alien tu
sape.... Alien nie sebenarnya jin-jin yang selalu diberitahu dalam
Quran tu... Haih.... Tapi berkenaan yang turun dari langit tu....
sesetengah scholar islam berpendapat... Ia adalah peristiwa turunnya
Nabi Isa a.s ke bumi.... Hmm....Hanya Allah sahaja yang Maha
Mengetahui.....
Ribut Solar
Pasal ribut solar nie.... korang boleh cek di entri aku yang lepas di SINI [link]....
Aku dah bercerita panjang lebar pasal nie.... Sebab nie bukan berita
palsu.... Siap ada kajian dari para pengkaji sains angkasa lagi....
Korang boelh jugak search di Internet berkenaan ribut solar nie dalam
Youtube bertajuk Solar Storm 2012... Ia pernah berlaku dengan
kesan yang minima di beberapa bandar di Eropah.... Tapi di tahun ini
[2012]... diramal berlaku ribut solar yang boleh memberi kesan kepada
seluruh penduduk dunia..... Wallahuallam...
Pergerakan Aturan Bumi
Ini
pun masih dalam kajian para pengkaji dunia..... Ini bukannya
gosip-gosip hangat tanpa apa-apa sumber yer.... Sebenarnya aku tak tau
nak terjemah ke dalam bahasa melayu yang tepat pasal benda nie... Dalam
BI nyer.....POLAR SHIFT.... Ini pun ada kaitan dengan tahun 2012....
Sebab......Mengikut sesetengah para pengkaji...... Polar Shift akan
berlaku secara drastik pada tahun 2012..... Senang citernyer.... Kalau
betul berlaku polar shift yang besar nie.... Benua takkan menjadi tujuh
benua macam sekarang nie..... Mungkin akan bercantum antara satu sama
lain dah lepas nie.... Dan jugak..... Gempa bumi besar akan
berlaku....Tsunami akan bermaharajalela.... Dunia akan porak peranda....
Pergh.... Kalau la betul...memang sakit la kan..... Ada jugak yang
mengaitkan polar shift nie dengan bunyi-bunyi aneh yang kedengaran hari tu.... Hmm....
Lintasan NIBIRU
Korang
tau tak Nibiru tu aper? Nibiru nie adalah satu planet di luar dari
sistem angkasa kita.... Dikenali sebagai PLANET X..... Dikatakan pada
tahun 2012.....planet Nibiru nie akan melintas antara matahari dan bumi
seakan-akan sebuah komet yang besar!.... Perkara nie berlaku pada setiap
kitaran beberapa ribu tahun... Tau tak apa effect dia kalau betul?
Kesannya sama macam kesan daya tarikan graviti bulan dan matahari kepada
air pasang surut kita... Tapi kali nie tambah sebijik
lagi....NIBIRU.... Akan ada daya tarikan graviti dari Nibiru nie yang
akan memberi kesan kepada kitaran semulajadi bumi....Dan yang paling
menakutkan apabila dikatakan kesannya boleh menyebabkan berlakunya
letusan gunung berapi besar-besaran dan jugak peredaran bumi berhenti
seketika selama tiga hari!! Erm...... Boleh cek sendiri yer....aku dah
lama tak update pasal NIBIRU nie....
Penjajaran Seluruh Planet
Angkasa
lagi...ha ha ha.... Kali nie penjajaran seluruh planet di dalam sistem
angkasa kita..... Korang pernah tengok citer Tomb Rider? Tak ingat dah
yang nombor dua ker....yang pertama punyer.... Dia ada cakap pasal
ritual satu pertubuhan dengan penjajaran planet.... Mungkin tu dalam
movie kan...ditokok tambah... Tapi berkenaan penjajaran tu dikaji akan
berlaku sebenar-benarnya pada tahun 2012! Banyaknyer event yang akan
berlaku di tahun 2012........ Tangan yang menaip nie pun dah gigil.....
Kajian Borobudur
Ni
aku rasa tak berapa popular..... Tapi aku pernah jumpa berkenaan kajian
beberapa pengkaji arkeologi menganggap.....Tahun 2012 nie jugak
dipersetujui ada benarnya sama dengan kajian kaum Mayan mengikut rekaan
struktur Borobudur di Indonesia.... korang boleh search di internet atau
boleh jer tengok video dier di bawah nie... Tapi tetap bagi aku...bukan
KIAMAT.... ia cuma pertukaran fasa kehidupan...
Surah Ar-Rahman
Ini
baru kot..... ada orang mengkaji dan meramal berkenaan kaitan surah
Ar-rahman dengan konsep nombor tujuh....Aku pun tak berapa faham....
Tapi korang boleh tengok beberapa link yang mengaitkan surah Ar-rahman
nie dengan tahun 2012.... Kajian nie takdela direct kepada tahun
2012.....Tapi kaitannya dibuat berdasarkan tahun hijrah kita.... Dari
apa yang aku dapat simpulkan... akan ada 31 peristiwa besar berlaku pada
tahun 2012....iaitu sama banyaknya dengan ulangan satu ayat yang selalu
diulang dalam surah Ar-rahman... Antaranya di link nie:
Tahun Naga Dalam Kalendar Cina
Ada
lagi....kali nie berkenaan tahun bangsa Cina pulak.... Pada tahun
nie.... tahun Cina adalah TAHUN NAGA... bagi kaum Cina...tahun naga nie
adalah satu tahun yang sangat istimewa kerana tahun naga adalah
satu-satunya tahun daripada haiwan mitos..... Ada yang mengatakan...
peristiwa besar selalu berlaku pada tahun naga.... Ada jugak terdengar
yang naga adalah haiwan yang menjaga pulau yang diduduki Si Dajjal tu...
Aku tak jumpa mana-mana sumber berkenaan hal nie.... Jadi ini cuma satu
info tambahan....
Itulah sedikit sebanyak yang aku
simpulkan berkenaan peristiwa-peristiwa yang diramal akan berlaku pada
tahun 2012....KIAMAT? Jangan mudah kene tipu.... Dalam Islam sendiri
menyatakan bahawa hanya ALLAH SAHAJA YANG TAHU AKAN HARI KIAMAT.... Ini
bukan hari kiamat.... Mungkin ianya cuma satu persitiwa yang pernah
diberitahu Rasulullah s.a.w:
Dari Nu’aim bin Hammad
meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Bila
telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di
bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau
menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam
Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur,
menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari
rumahnya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika
kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum’at, masuklah
kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah
lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga
kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka
bersujudlah kalian kepada Allah “, karena barangsiapa melakukan hal itu
akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan
binasa”.
Wallahuallam....
kita tengok je ler.... Nak tak nak kene hadapi jugak tahun 2012 nie
kan.... Ajal maut di tangan Tuhan... Kalau dah tertulis akan nama kita
dalam buku malaikat maut... Sembunyi mana-mana pun akan mati jugak
kan..... Apa yang penting.... Sama-sama la tambah ilmu agama....tambah
pahala... hafal la doa-doa atau mana-mana surah dalam Quran tu....
Udah-udah la tu hafal lirik sesaje... Membazir memori otak korang
jer....
Semua ramalan tu tak semestinyer
betul.... Tapi apa yang pasti..... KITA SEMEMANGNYA BERADA DI AKHIR
ZAMAN..... Bukti dari hadis nabi sudah sangat nyata.... Semua petanda
kehidupan akhir zaman.... dah pun terjadi hampir kesemuanya... Itu bukan
ramalan....itu wahyu Allah yang diturunkan kepada nabi... Yang kat atas
tu.... itu baru ler ramalan.... Tapi bukan ramalan kosong...ia
berdasarkan kajian dan ilmu pengetahuan...
P/S: Aku rasa ada lagi
peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan 2012 nie.... nanti korang
tambah la yer.....:) Salah satunya....PILIHAN RAYA...hihihi
No comments:
Post a Comment