Suatu hari anak Khalifah Umar al-Khattab pulang dari sekolah dengan
menangis teresak-esak. Ketika ditanya oleh ayahnya, ia menjawab bahawa
teman-temannya di tempat pengajiannya menghina bajunya yang penuh dgn tampalan.
Di antara mereka mengatakan, “Hai kawan-kawan, perhatikan
berapa jumlah tampalan budak ini!” Ia menjadi bahan ketawa
teman-temannya, amatlah sedih hatinya.
Pola hidup keluarga Khalifah Umar memang sederhana, teramat sederhana.
Walaupun berjawatan sebagai khalifah, tampalannya bajunya ada empat belas. Salah
satunya ditampal dengan kulit kayu.
Tibalah suatu hari apabila Umar al-Khattab berhajat utk membelikan
pakaian baru utk anaknya di bulan Syawal, kerana ketiadaan wang pergilah Umar ke
Baitulmal untuk meminjam beberapa dirham untuk membeli pakaian tersebut . Kerana
tidak bertemu Saidina Umar dengan bendahara Baitulmal, beliau meninggalkan
sepucuk surat, isinya sebagai berikut…
“Kepada bendahara Baitulmal yang terhormat saya memohon pinjaman sebesar
empat dirham. Insya-Allah pada awal bulan depan, setelah pembahagian gaji dari
Baitulmal, saya akan segera melunasinya.”
Si bendahara tidak langsung cemas setelah menerima surat dari Khalifah.
Dia juga tidak cepat-cepat mengambil wang dari Baitulmal lalu mengirimnya kepada
Khalifah. Dia mengamati surat itu sangat lama. Dia mengetahui bahawa pemimpinnya
itu bukan sejenis penguasa yang memanfaatkan amanat rakyat untuk kepentingan
peribadinya. Saidina Umar bin Khattab R.A dikenali sebagai pemimpin yang adil
dan tegas.
Bukan saja dia adil terhadap rakyat sekitarnya, beliau juga bersikap
adil terhadap anak-anaknya dan dirinya. Apabila dirinya terbukti salah dalam
menjalankan amanat Allah, dia rela dihukum dan didenda walaupun dia mampu
menolak penghukuman tersebut kerana jawatannya. Apabila dia dihadapkan kepada
dua kepentingan, kepentingan si anak dan kepentingan Islam, maka dia akan
mendahulukan kepentingan agamanya.
Sifat Umar al-Khattab seperti ini sudah umum diketahui oleh rakyatnya,
tidak terkecuali si bendahara Baitulmal ini. Si bendahara menjawab surat
Khalifah dalam bentuk sebuah pertanyaan…
Kepada Amir al-Mukminin Umar bin Khattab,
“Telah saya baca surat anda tentang permohonan pinjaman dari wang
Baitulmal. Aku sekadar ingin bertanya, apakah Tuan berani bahawa diri Tuan pasti
tetap hidup sampai akhir bulan sehingga aku dapat menuntut hutang Baitulmal dari
Tuan? seandainya ajal menjemput Tuan sebelum bulan ini berakhir, apakah Tuan
mampu mempertanggungjawabkanya di hadapan Allah? Wasalam.”
Selesai membaca surat balasan dari pejabat Baitulmal, Khalifah Umar
merasa amat sedih kerana tidak mampu melunasi hajatnya untuk membeli baju baru
untuk anaknya.
Setibanya Hari Raya, Umar al-Khattab melihat anaknya memakai baju yang
bertampal-tampal dan beliau terus menangis,
“Mengapa engkau menangis, wahai ayahku?” tanya anaknya.
Umar menjawab, “Aku bimbang hatimu sedih di
Hari Raya apabila kawan-kawanmu menghina bajumu yang bertampal-tampal
itu.”
Kemudian anaknya berkata, “Seharusnya yang harus
bersedih itu ialah orang yang tidak mendapat keredhaan Allah dan menderhakai
kedua orang tuanya. Sesungguhnya aku berharap agar Allah Azza wa Jalla
memberikan redha-Nya kepadaku sebab keredhaanmu
kepadaku”.
sumber
No comments:
Post a Comment