Adakah Teknologi ini bermanfaat untuk kebaikan manusia atau membawa lebih banyak malapetaka.
adakah benar benar wujud ?
siapakah inventornya ?
Anda nilai lah sendiri..
Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.
Qs.Al-An'am: 6
Di kala itu, tidak ada seorang pun menduduki kawasan berkenaan dan tidak ada sumber air di sana. Ibrahim AS meninggalkan kedua-duanya di sana dan hanya memberi bekalan dua kantung yang satunya berisi kurma dan satu lagi berisi air.Tiba-tiba Hajar berkata: “Adakah Allah memerintahkan kamu dengan ini?” Maka Ibrahim AS menjawab: “Ya.”
Sewaktu Nabi Ibrahim AS ingin meninggalkan kedua-duanya, lalu Siti Hajar mengejarnya seraya berkata: “Wahai Ibrahim, ke mana kamu akan pergi dan meninggalkan kami di lembah yang tidak ada manusia dan sesuatu pun di dalamnya?” Dia mengatakan hal itu berkali-kali, sementara Ibrahim AS tidak menoleh kepadanya.
“Wahai Tuhan kami, sesungguhnya aku menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di sisi rumahMu (Baitullah Al-Haram) yang dihormati, wahai Tuhan kami (yang demikian itu) supaya mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki daripada buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.”Dia berjalan menuju Bukit Safa dan Marwah dengan harapan dapat bertemu pedagang yang membawa air. Setelah berulang-alik sebanyak tujuh kali di antara dua bukit itu, Siti Hajar tidak bertemu sesiapa pun.
Dua kantung air ditinggalkan Nabi Ibrahim AS sememangnya diketahui tidak cukup untuk keperluan seseorang. Lantaran kehausan, Ismail menangis kerana lapar dan dahaga. Melihat keadaan anaknya sedemikian, Siti Hajar pergi mencari air.
“Pada satu ketika aku pernah jatuh sakit, tetapi aku tidak menemukan seorang doktor atau sebarang ubat. Lalu aku berusaha mengubati dan menyembuhkan diriku dengan surah al-Fatihah, maka aku melihat pengaruh yang sangat menakjubkan.Sesungguhnya, begitu besar kebesaran Allah SWT seperti mana hebatnya air zam zam yang diturunkan kepada Ismail dan Siti Hajar serta kekal sehingga kini untuk hamba-Nya. Jadi, banyakkan meminumnya untuk kesejahteraan hidup kita sebagai Muslim yang bertakwa.
“Aku ambil segelas air zam zam dan membacakan padanya surah al-Fatihah berkali-kali, lalu aku meminumnya sehingga aku mendapati diriku sembuh daripada penyakit.
“Kemudian aku bersandar dengan cara itu dalam mengubati pelbagai penyakit dan aku merasakan manfaat yang sangat besar. Kemudian aku memberitahu orang ramai yang menghidap penyakit dan ternyata ramai daripada mereka sembuh dengan cepat.”
Air yang rosak |
Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata “banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi”Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi), bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya “Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini”.
Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah: “Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya”. Wassalam.